Sekilas
- Seorang individu dikecam netizen selepas memberi komen negatif mengenai gigi Engku Aleesya, anak Erra Fazira, di Threads.
- Komen tersebut mendapat reaksi balas daripada netizen yang mengecam tindakan individu itu dan menegur sikapnya.
- Individu berkenaan kemudian memohon maaf dan mendakwa akaunnya telah di-hack, namun ada netizen yang meragui kenyataan tersebut.
Seorang individu teruk dikecam netizen selepas memberikan komen negatif terhadap Engku Aleesya yang merupakan anak kepada primadonna negara, Erra Fazira.
Menerusi perkongsian di Threads, individu itu mengatakan gigi Aleesya kelihatan sedikit kehadapan atau sedikit jongang.
Individu itu memberikan komen tersebut selepas Aleesya muncul dalam satu video pendek dan sedang bercakap mengenai keperibadian ibunya
“Gigi jongang hi hi hi,” tulisnya.
Bagaimanapun, lain pula jadinya apabila netizen mula perasan komen negatif itu dan terus ‘menyerang’ dan memarahi individu berkenaan dengan komen sinis.
Antaranya:
“Awak pun ada anak perempuan tau. Benda yang awak duk kata ni takut berbalik pada family sendiri tu,”
“Dia lupa dia ada anak perempuan,”
“Tak padan dengan letak gambar anak, dok kutuk anak orang, tak baik,”
Disebabkan terlalu banyak menerima komen negatif, akhirnya individu berkenaan memohon maaf dan menyatakan bahawa akaun Threads miliknya di ‘hack’.
“Salam tuan/puan, mohon maaf atas komen di atas... Buka saya yang komen... FB saya kena hack, terima kasih kepada kawan-kawan yang maklum kepada saya.
“Nampaknya saya kena log out kan dulu FB ni untun check balik FB... Mohon maaf atas apa yang berlaku,” tulisnya.

Namun, ada juga segelintir netizen yang merasakan sedikit was-was dengan kenyataan berkenaan dan menyatakan itu hanyalah sekadar rekaan semata-mata.