Ibu kepada pelakon dan pengacara, Erra Fazira iaitu Azizah Zaik meluahkan rasa terharu dan gembira selepas menyaksikan anak perempuannya mendirikan rumah tangga bersama jejaka pilihan hati, Ezwan Zain.
Memetik laporan Borak Seeni, Azizah sukar mengambarkan perasaan yang dirasainya ketika itu namun bersyukur dengan perkahwinan anaknya itu.
“Seronok, terharu, segalanya. Saya harap biarlah ini jadi kali yang terakhir dan perkahwinan ini kekal hingga abadi.
“Itulah permintaan seorang ibu,” katanya kepada Keanu.
Terdahulu Erra sah menjadi isteri Ezwan pada tanggal 12 Disember 2025 oleh Penolong Pendaftar Perkahwinan, Majlis Agama Islam Selangor, Mohd Sabirin Bin Noordin.
Ini merupakan pernikahan ketiga buat Erra dan kedua Ezwan yang merupakan seorang usahawan.
Ezwan memilih pokok ufti bunga emas tradisi masyarakat melayu abad ke-14 yang dipenuhi 24 keping dinar emas istimewa buat ratu hatinya, Erra sebagai tanda kasih sayang seorang suami kepada isteri.
Hantaran yang dikumpulkan dalam satu talam itu disifatkan sebagai simbolik cinta abadi pasangan yang selamat dinikahkan sekitar pukul 9.30 pagi di Rinjani Majestic, Kampung Melayu Subang.
Selain hantaran yang disatukan dalam talam, Erra menerima sebentuk cincin Cartier sebagai lambang penyatuan mereka.