Skip to main content

Selebriti

Wedding of The Year, Erra Fazira, Mr. E Selamat Menikah, Terima Sepokok Bunga Emas Sebagai Mas Kahwin

Erra & Mr. E

Primadona filem alaf baharu Malaysia, Erra Fazira, 51, selamat diijabkabulkan bersama pasangannya, Ezwan Zain, 44, dengan sekali lafaz.

Erra sah menjadi isteri Ezwan atau dikenali sebagai Mr. E dinikahkan oleh Penolong Pendaftar Perkahwinan, Majlis Agama Islam Selangor, Mohd Sabirin Bin Noordin sekitar pukul 9.19 pagi pada tarikh istimewa pilihan mereka 12 Disember 2025.

Bintang filem Sembilu dan hos Borak SeeNi itu menerima sepokok bunga emas seberat 102 gram sebagai mas kahwin, sebentuk cincin jenama Cartier pada sesi pembatalan air sembahyang dengan hantaran termasuk sepersalinan emas yang disatukan dalam satu talam yang ditandu.

Wanita yang sudah 11 tahun memikul tanggungjawab sebagai ibu tunggal itu dlihat menitiskan air mata sebaik sah bergelar isteri Ezwan.

“Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar seperti dirancang. Syukur, doakan rumah tangga kami,” ujar Erra.

Majlis pernikahan berlangsung dalam suasana sayu ditemani keluarga dan teman terdekat pasangan tersebut di Rinjani Majestic, Kampung Melayu Subang.

Turut kelihatan adalah anak Erra hasil pernikahan bersama suami keduanya, Engku Emran, Engku Aleesya. Anak gadis Ezwan, Sofia turut hadir merestui rumah tangga baharu bapanya.

Memilih tema putih, majlis persandingan yang berlangsung dengan tema garden kontemporari diliputi bebunga putih.

Terdahulu Erra menamatkan spekulasi pernikahan yang akan berlangsung pada tahun ini sewaktu majlis pelancaran video muzik Cinta Abadi 2025.

Must-Watch Video

Advertisement