Skip to main content

Hiburan

“Terkejut, Happy, Sebak! Tengah Briefing Tiba-Tiba Dengar…" - Isteri Pekerja Rembayung Kongsi Sebulan Setengah Kerja Baru Tahu Bos Sebenarnya Khairul Aming

dvdv

Sekilas

  • Seorang pengguna media sosial berkongsi pengalaman suaminya yang terkejut apabila mengetahui dia bekerja di restoran pertama Khairul Aming tanpa diberitahu awal.
  • Khairul Aming membuka restoran Rembayung yang dijangka beroperasi Januari tahun depan dengan mengambil 50 anak muda tempatan sebagai pekerja.
  • Pekerja restoran tersebut pada awalnya tidak dimaklumkan bahawa mereka bekerja di bawah jenama dan perniagaan milik Khairul Aming.

Seorang pengguna di media sosial berkongsi pengalaman apabila suaminya telah berjaya dipilih untuk bekerja di restoran pertama usahawan dan pempengaruh terkenal, Khairul Aming. 

Perkongsian itu dibuat selepas ada seorang individu bertanya apakah perasaan mereka yang ‘tiba-tiba’ mendapat tahu bahawa bos mereka sebenarnya adalah pempengaruh terkenal itu.

Menerusi hantaran di Threads, pengguna berkenaan menjelaskan bahawa suaminya sendiri terkejut apabila mengetahui individu yang menjadi majikannya adalah Khairul Aming.

“Suami akak cakap perasaan terkejut, happy, sebak. First day kerja tengah nak briefing sekali tiba-tiba ada orang sebut ‘Wassup guys’ dari belakang. Rupanya KA
 

“Akak masih dalam fasa terkejut ni, baru dapat tahu lepas KA reveal. Rupanya selama sebulan setengah suami rupanya bekerja dengan KA!,” kongsi individu tersebut. 
 

Sebelum ini, Khairul Aming mengejutkan ramai apabila mengumumkan pembukaan restoran pertamanya Rembayung, yang dijangka mula beroperasi pada Januari tahun depan.

Dalam masa sama, KA turut mendedahkan bahawa seramai 50 anak muda tempatan telah diambil bekerja bagi menggerakkan operasi restoran tersebut.

Menariknya, pekerja-pekerja berkenaan pada awalnya tidak dimaklumkan bahawa mereka sebenarnya bekerja di bawah jenama dan perniagaan milik Khairul Aming.
 

Pengumuman itu sekaligus menjawab persoalan ramai mengenai perjalanan projek restoran itu yang menjadi tumpuan selepas pempengaruh tersebut berkongsi proses renovasi dan persiapan sejak beberapa bulan lalu.

 

Sumber: Threads

Must-Watch Video

Advertisement