Sekilas
- Aisha Retno diumumkan sebagai Puteri Gunung Ledang dalam produksi teater Puteri Gunung Ledang The Musical.
- Produksi kali ini menampilkan dua Puteri Gunung Ledang dan dua pemeran watak Bayan, termasuk Mimi Fly dan Nadiah Aqilah.
- Luqman Hafidz dan Yusuf Hashim turut diumumkan sebagai Sultan Melaka dan Gusti Adipati.
Teka-teki akhirnya terjawab apabila nama penyanyi berbakat besar, Aisha Retno diumumkan sebagai pemegang watak Puteri Gunung Ledang.
Berita itu diumumkan secara rasmi oleh produksi teater Puteri Gunung Ledang The Musical menerusi hantaran terbaharu di Instagram.

Sementara itu, di ruangan komen, rata-rata netizen dan menzahirkan ucapan tahniah kepadanya.
Malah, mereka juga meluahkan rasa teruja dan tidak sabar untuk melihat Aisha memainkan watak ikonik Puteri Gunung Ledang yang sebelum ini pernah dilakonkan oleh Datin Tiara Jacquelina.
Terdahulu, produksi telah mengumumkan sedikit kelainan untuk pemetasan kali ini dimana akan ada dua Puteri Gunung Ledang dan dua pemeran watak Bayan.
Penyanyi, Mimi Fly dan aktres, Nadiah Aqilah telah diumumkan sebagai pemeran watak Bayan
Manakala aktor, Luqman Hafidz pula sebagai pemegang watak Sultan Melaka dan Yusuf Hashim sebagai pemeran watak Gusti Adipati.