Skip to main content

Filem

TARUNG: Unforgiven Himpun Barisan Pelakon Hebat, Gegar Pawagam 7 Mei Depan

Astro Gempak 284

Sekilas

  • Filem aksi tempatan TARUNG: Unforgiven menampilkan barisan pelakon hebat seperti Bront Palarae, Zul Ariffin, dan Aedy Ashraf yang juga bertindak sebagai penerbit.
  • Filem ini mengangkat tema 'you vs you', menonjolkan konflik dalaman dan emosi yang mendalam dalam penceritaan.
  • TARUNG: Unforgiven dijadualkan tayang di pawagam seluruh negara mulai 7 Mei 2026, hasil kerjasama Alpha47, Icon Pictures dan Astro Shaw.

Filem aksi tempatan TARUNG: Unforgiven dijangka menjadi antara karya paling dinantikan tahun ini apabila menghimpunkan barisan pelakon hebat tanah air.

Filem arahan Razaisyam Rashid itu bakal menampilkan gandingan pelakon popular seperti Bront Palarae, Zul Ariffin, Aedy Ashraf, Mierul Aiman, Amir Ahnaf, Azira Shafinaz, Sharifah Sakinah, Ubai Amir, Sky Iskandar, Ikmal Amry, Aeril Zafrel dan Theebaan G.

Barisan pelakon utama filem tersebut diperkenalkan secara rasmi kepada umum dalam sebuah acara khas yang berlangsung di Malaysia International Trade and Exhibition Centre (MITEC) di sini baru-baru ini.

Menurut Razaisyam yang juga bertindak sebagai penulis skrip serta penerbit eksekutif, TARUNG: Unforgiven menampilkan kekuatan barisan pelakon ensemble yang membawa emosi dan konflik lebih besar dalam penceritaan.

“Tema utama filem ini sebenarnya sangat peribadi iaitu ‘you vs you’. Pertarungan paling sukar bukan menentang musuh di luar tetapi menentang kelemahan, ego dan ketakutan dalam diri sendiri.

“Dari segi produksi, ini adalah projek paling besar yang pernah kami lakukan dan pada masa sama saya membawa pendekatan yang berbeza daripada karya-karya sebelum ini,” katanya.

Dalam masa sama, filem tersebut turut menyaksikan langkah baharu Aedy Ashraf yang bukan sahaja tampil sebagai pelakon utama, malah bertindak sebagai penerbit menerusi syarikat produksinya, Alpha47.

“TARUNG: Unforgiven sangat bermakna buat saya kerana projek ini menandakan langkah baharu dalam kerjaya saya bukan sahaja sebagai pelakon utama tetapi juga sebagai penerbit.

“Pada usia 33 tahun, mengambil keputusan untuk menerbitkan filem sendiri memang satu risiko besar, namun saya melihatnya sebagai evolusi dalam perjalanan saya dalam industri,” ujarnya.

TARUNG: Unforgiven mengisahkan seorang bekas juara silat yang diburu dosa silam selepas satu tragedi sehingga terpaksa bertarung di gelanggang haram demi menyelamatkan kakaknya.

Sekadar info, filem terbitan Alpha47 dengan kerjasama Icon Pictures dan Astro Shaw itu dijadualkan menemui penonton di pawagam seluruh negara bermula 7 Mei 2026.

Anda mungkin berminat dengan

【Moisturizer Collection】Dr.Leo 5% Panthenol Soothing Redness&Calms Ance/5X VC Brighting/Centella Barrier Repair Hydration Skincare Moisturiser Day Night Cream Gel

【Moisturizer Collection】Dr.Leo 5% Panthenol Soothing Redness&Calms Ance/5X VC Brighting/Centella Barrier Repair Hydration Skincare Moisturiser Day Night Cream Gel

Charlotte Tilbury Airbrush Flawless Finish Loose Powder [#1 FAIR 8g, #2 MEDIUM 8g, #Brightening 01 FAIR - MEDIUM 9g]

Charlotte Tilbury Airbrush Flawless Finish Loose Powder [#1 FAIR 8g, #2 MEDIUM 8g, #Brightening 01 FAIR - MEDIUM 9g]

PRE-ORDER [RAYA BERSERI] Wardah Colorfit Velvet Powder Foundation SPF33 PA++|Raya Glow,Suci Lebaran

PRE-ORDER [RAYA BERSERI] Wardah Colorfit Velvet Powder Foundation SPF33 PA++|Raya Glow,Suci Lebaran

TIMAGE Tri-color Contouring Plate

TIMAGE Tri-color Contouring Plate

【Men skincare】Glad2Glow Milk Amino Acid Gentle Men Face Wash Cleanser Oil-Control Deep cleaning/ Pencuci Muka男士洁面 (80ml)

【Men skincare】Glad2Glow Milk Amino Acid Gentle Men Face Wash Cleanser Oil-Control Deep cleaning/ Pencuci Muka男士洁面 (80ml)

ready stock Hojo Highlighter 3 Colors Waterproof Long Lasting with Makeup NO.8029

ready stock Hojo Highlighter 3 Colors Waterproof Long Lasting with Makeup NO.8029

Advertisement