Skip to main content

Hiburan

Penangan Tarung: Unforgiven Luar Biasa, Youtuber JTT Family Pun Sanggup Turun Pawagam

Astro Gempak 453

Sekilas

  • Filem aksi tempatan Tarung: Unforgiven mendapat sambutan hangat bukan sahaja dari penonton Malaysia tetapi juga YouTuber terkenal dari Indonesia dan penonton bukan Melayu.
  • Seorang penonton berbangsa Cina berkongsi pengalaman jatuh cinta dengan filem tempatan selepas menonton Tarung: Unforgiven, memuji kualiti dan emosi yang disampaikan.
  • Filem arahan Razaisyam Rashid ini menampilkan pelakon popular dan mengangkat naratif berani dengan tema kehidupan sebagai gelanggang sebenar.

Fenomena filem Tarung: Unforgiven nampaknya terus luar biasa apabila karya aksi tempatan itu bukan sahaja mendapat sambutan penonton tempatan, malah turut menarik perhatian YouTuber terkenal dari Indonesia serta penonton bukan Melayu.

Menerusi perkongsian di media sosial, pelakon dan penerbit filem tersebut, Aedy Ashraf memuat naik semula foto kumpulan YouTuber Indonesia, JTT Family yang   menonton filem berkenaan di pawagam.

“JTT Family nak tengok Tarung malam ni guys! Haha bestlah macam ni!

“Jom guys, showtime 10.45 malam dekat GSC Mytown, jom beli cepatttt!!” tulis kumpulan tersebut.

cdvf

Selain itu, perkongsian seorang pengguna berbangsa Cina mengenai pengalaman menonton Tarung: Unforgiven turut menjadi perhatian ramai.

Menurut pengguna tersebut, dia mula meminati filem tempatan selepas menonton beberapa karya di platform penstriman sebelum akhirnya jatuh cinta dengan Tarung: Unforgiven.

“I’m the only Chinese in the cinema hall.

“Started watching local films on Netflix, started with Kahar, High Council and Blood Brothers, now I’m fully obsessed,” tulisnya.

Tambah pengguna itu lagi, filem tempatan sebenarnya memiliki kualiti yang hebat namun kurang diperkatakan oleh masyarakat.

“People really don’t talk about local films as much as they should. I love, love, love this movie.

“The moment Tarung started playing, my tears just shot straight out of my eyes. Can’t wait for the next movie. Susah nak move on daripada filem ini,” katanya.

Perkongsian tersebut turut mendapat perhatian netizen yang bangga melihat filem tempatan berjaya menembusi pelbagai kelompok penonton tanpa mengira bangsa dan negara.

Filem aksi Tarung: Unforgiven yang tampil dengan tagline ‘kau cuma ayam sabung’ mengangkat naratif berani dengan menjadikan kehidupan sebagai ‘gelanggang’ sebenar.

Karya arahan Razaisyam Rashid itu diterbitkan oleh ALPHA47 dengan kerjasama Icon Pictures dan Astro Shaw.

Selain jalan cerita sarat emosi hasil tulisan bersama Amar Amir, filem tersebut dibintangi Mierul Aiman, Aedy Ashraf, Bront Palarae, Zul Ariffin, Amir Ahnaf, Azira Shafinaz dan Sharifah Sakinah.

Sumber: Threads

Anda mungkin berminat dengan

Canmake Marshmallow Finish Powder ~Abloom~

Canmake Marshmallow Finish Powder ~Abloom~

PERFUME PARADISE EXCLUSIVE HQ SPECIAL EDITION FOR HER FOR HIM 30ML ORIGINAL HQ

PERFUME PARADISE EXCLUSIVE HQ SPECIAL EDITION FOR HER FOR HIM 30ML ORIGINAL HQ

Laneige Lip Sleeping Mask

Laneige Lip Sleeping Mask

LANEIGE Lip Sleeping Mask

LANEIGE Lip Sleeping Mask

SHEGLAM For The Flush Lip & Cheek Lip Tints

SHEGLAM For The Flush Lip & Cheek Lip Tints

SHEGLAM Enigma Sparkly Glitter Eyeshadow Palette

SHEGLAM Enigma Sparkly Glitter Eyeshadow Palette

Advertisement