Skip to main content

Hiburan

Talk To My Manager: Marsya Terus ‘Hustle’ Lepas Jadi Juara, Bapa Nasihat Jangan Sampai ‘Burn Out’ - “Tak Sempat Nak…”

MARSYA Q

Bapa kepada bintang Talk To My Manager (TTMM), Marsya Qistina iaitu Sharin Samsudin berkongsi anaknya tidak sempat berehat selepas selesai menyertai program tersebut. 

Menerusi satu hantaran di platform Threads, Sharin atau lebih dikenali sebagai Shah Indigo berkongsi mereka sekeluarga belum berpeluang untuk meraikan kemenangan anaknya kerana Marsya terus kembali ke jadual harian yang padat.

“Lepas Grand Final TTMM dia terus hustle dan teruskan kehidupan sebagai pelajar. Tak ada rehat dan tak sempat nak buat celebration,” tulis Shah.

Dalam perkongsian sama, Shah turut mendedahkan jadual padat Marsya sepanjang minggu ini yang dipenuhi dengan komitmen kerja dan pelajaran.

“Rabu malam di Astro untuk Meletop dan hari ini (Khamis) pagi dah masuk kelas di Shah Alam. Petang pula dia ke studio di Kuala Lumpur buat benda yang dia suka dan untuk cari duit lebih. Itu semua komitmen sebelum TTMM lagi. 

“Apa-apa pun Kak Long, kesihatan harus dijaga dan perlu berhati-hati. Jangan sampai burn out. Nanti dah okay ayah carikan PA (pembantu peribadi), insya-Allah,” ujarnya. 

Terdahulu, Marsya Qistina dan Liza Hanim diumumkan sebagai juara Talk To My Manager (TTMM) musim pertama yang berlangsung secara langsung di Auditorium MBSA, Shah Alam pada malam Ahad.

Kemenangan itu melayakkan Marsya membawa pulang wang tunai RM30,000 dan sebuah single baharu di bawah syarikat rakaman Rocketfuel Entertainment.

Advertisement

Must-Watch Video

Advertisement