Skip to main content

Hiburan

Talk To My Manager 2: "Sekurang-Kurangnya Saya..." - Viviana Reda Tersingkir, Minta Netizen Henti Siber Buli

Astrogempak Kin

Sekilas

  • Ani Mayuni dan Viviana reda dengan keputusan penyingkiran dalam program Talk To My Manager 2 dan tidak menyalahkan sesiapa atas keputusan tersebut.
  • Viviana menghargai pengalaman beraksi di pentas besar dan berterima kasih kepada ibunya atas sokongan sepanjang perjalanan itu.
  • Dia berharap netizen tidak melakukan serangan siber terhadap peserta yang masih bertanding dan mengingatkan semua bahawa bakat adalah anugerah yang tidak boleh dinilai secara mudah.

Bintang Talk To My Manager 2 (TTMM2), Ani Mayuni dan Viviana reda dengan keputusan penyingkiran sekali gus gagal meneruskan perjuangan dalam program tersebut.

Menurut Viviana, dia menerima segala yang berlaku sebagai ketentuan takdir dan tidak menyalahkan mana-mana pihak atas keputusan tersebut.

“Bagi saya, semua ini terletak pada takdir. Saya tak mampu nak cakap apa-apa sebab saya tengok semua orang memang bagus-bagus. Kalau saya jadi juri pun, saya akan rasa semuanya hebat. Saya pun rambang mata nak pilih.

“Apa yang saya boleh cakap, saya gembira sebab sekurang-kurangnya saya yang tersingkir. Saya tak sanggup tengok adik-adik seperti Anggrek, Cik B atau Amarra bersedih. Setiap kali nak umum keputusan, saya nampak mereka sentiasa risau.

“Saya dah anggap mereka macam keluarga, jadi saya tak suka tengok orang yang saya sayang bersedih," katanya kepada Gempak.

Meskipun perjalannya sudah terhenti, Viviana tetap bersyukur kerana diberi peluang beraksi di pentas besar yang disifatkannya sebagai pengalaman berharga.

“Ini antara pendedahan yang saya dapat. Bukan senang nak menyanyi di atas pentas besar yang pernah dihiasi ramai artis terkenal.

“Saya juga nak ucapkan terima kasih kepada mak saya. Tanpa dia, saya tak akan berada di tahap ini,” katanya lagi.

Pada masa sama, Viviana turut berharap netizen tidak melakukan serangan siber terhadap mana-mana peserta yang masih bertanding.

“Saya cuma nak tekankan, janganlah membuli adik-adik saya, kakak saya, abang saya atau sesiapa sahaja dalam program ini. Ingat, semua ini adalah aturan Allah. Jangan bandingkan sesiapa dengan sesiapa, sama ada dari segi suara atau bakat.

“Bakat dan suara ini sebenarnya anugerah Allah, jadi ia bukan sesuatu yang boleh dinilai semudah itu. Jangan marah kalau saya tersingkir sebab kononnya orang lain patut keluar. Mereka juga sudah buat yang terbaik.

“Saya nampak sendiri usaha mereka, bagaimana mereka bangkit dan bekerja keras untuk berada di tahap ini,” ujarnya.

Anda mungkin berminat dengan

ZANZEA Women Korean Casual Stripes Drop Shoulder 3/4 Sleeve Blouse

ZANZEA Women Korean Casual Stripes Drop Shoulder 3/4 Sleeve Blouse

HNL Kerepek Pisang Masin / Banana Salted Chips

HNL Kerepek Pisang Masin / Banana Salted Chips

ZANZEA Women Solid Two-Piece Bat Sleeve Vintage Muslim Maxi Dress

ZANZEA Women Solid Two-Piece Bat Sleeve Vintage Muslim Maxi Dress

Tealive Bru & Friends - Milk Tea

Tealive Bru & Friends - Milk Tea

YAN@YAN Sut Wanita Gaya Korea

YAN@YAN Sut Wanita Gaya Korea

Must Watch Video

Advertisement