Skip to main content

Selebriti

Rita Rudaini Tegur Budaya Kroni, Pilih Kasih Di Sekolah - “Walaupun Saya Seorang Selebriti, Tidak Pernah…”

ASTROGEMPAK RitaRudaini

Sekilas

  • Rita Rudaini menegaskan budaya kroni, pilih kasih dan politik kelompok tidak sepatutnya menjadi perkara biasa dalam institusi pendidikan.
  • Rita menolak penggunaan status atau pengaruh untuk mendapatkan layanan istimewa dan menegaskan pentingnya keadilan dan merit dalam sekolah.
  • Walaupun berdepan risiko dan kritikan, Rita rela menjadi suara ibu bapa demi memperjuangkan keadilan dalam sistem pendidikan.

Pelakon Rita Rudaini tampil meluahkan pandangannya mengenai budaya kroni, pilih kasih dan politik kelompok yang menurutnya tidak seharusnya menjadi perkara biasa, terutama dalam institusi pendidikan.

 

Menerusi perkongsian di Threads, Rita menegaskan seseorang tidak perlu mempunyai status atau pengaruh tertentu untuk mendapatkan hak dan layanan yang adil.

 

“Tak perlu jadi VIP untuk dihormati. Tak perlu ada kabel untuk mendapat hak. Yang perlu dihapuskan bukan suara ibu bapa, tetapi budaya kroni, pilih kasih dan politik yang semakin dianggap biasa.

 

“Bila kroni, pilih kasih dan politik mula dianggap normal, yang rugi bukan ibu bapa… tetapi anak-anak yang sedang belajar tentang kehidupan. 

 

“Walaupun saya seorang selebriti, saya tidak pernah menggunakan nama atau status saya untuk mendapatkan layanan istimewa di sekolah,” kata Rita. 

 

Dalam perkongsian lain, Rita turut menegaskan dia berdiri atas kapasiti sebagai ibu bapa yang mahukan keadilan, sama seperti ibu bapa lain.

 

“Saya berdiri sama seperti ibu bapa lain… ikut peraturan yg sah, bukan peraturan yg direka-reka mengikut kehendak pihak tertentu.

“Sekolah sepatutnya mendidik tentang integriti, keadilan dan merit, bukan budaya kroni, pilih kasih atau politik kelompok. Saya ada mata dan telinga,” katanya lagi. 

 

Malah, Rita berkata dia tidak kisah bersuara demi kepentingan ibu bapa lain walaupun terpaksa berdepan pelbagai risiko dan kritikan.

 

“Saya rela jadi suara ‘ibu bapa’ seperti mana YB/Menteri bawa ‘suara rakyat’… tapi bila kena saman…. yang bising-bising minta tolong, semua lenyap hilang. 

 

“Tapi saya ok saja sebab saya pun selama ni ‘lone ranger’… cuma niat ikhlas membantu,” ujarnya.

Sumber - Threads

Anda mungkin berminat dengan

YAN@YAN Sut Wanita Gaya Korea

YAN@YAN Sut Wanita Gaya Korea

ZANZEA Women Korean Casual Stripes Drop Shoulder 3/4 Sleeve Blouse

ZANZEA Women Korean Casual Stripes Drop Shoulder 3/4 Sleeve Blouse

ZANZEA Women Solid Two-Piece Bat Sleeve Vintage Muslim Maxi Dress

ZANZEA Women Solid Two-Piece Bat Sleeve Vintage Muslim Maxi Dress

Tealive Bru & Friends - Milk Tea

Tealive Bru & Friends - Milk Tea

HNL Kerepek Pisang Masin / Banana Salted Chips

HNL Kerepek Pisang Masin / Banana Salted Chips

Must Watch Video

Advertisement