Skip to main content

Berita Tempatan

Dr. Zulkifli Hasan Hidupkan Semula Pemikiran Za'ba, Syed Naquib Al-Attas Di PBAKL 2026

Astro Gempak drzul

Sekilas

  • Dr Zulkifli Hasan berkongsi pemikiran lima tokoh penting Malaysia dalam program Bicara 5 Tokoh, 5 Buku sempena PBAKL 2026.
  • Program ini bertujuan mengajak khalayak memahami idea besar dalam karya tokoh seperti Za'ba, Syed Hussein Al-Attas, dan Anwar Ibrahim.
  • Sesi tersebut mendapat sambutan hangat dari pengunjung yang mahu mendalami khazanah intelektual dan sumbangan tokoh dalam membentuk identiti Malaysia.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dr Zulkifli Hasan mengambil peluang sempena Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) 2026 untuk berkongsi dan mengupas pemikiran tokoh-tokoh besar negara menerusi program bertajuk *Bicara 5 Tokoh, 5 Buku*.

Dalam sesi yang berlangsung selama kira-kira sejam itu, Dr Zulkifli membicarakan lima tokoh yang disifatkan sebagai antara individu penting dalam membentuk landskap ilmu, pemikiran dan peradaban Malaysia.

Tokoh-tokoh tersebut ialah Pendeta Za'ba, Profesor Syed Hussein Al-Attas, Profesor Diraja Tan Sri Syed Muhammad Naquib Al-Attas, Profesor Emeritus Dato' Dr Osman Bakar serta Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Menurut Dr Zulkifli, penganjuran sesi berkenaan bertujuan membawa khalayak melangkaui sekadar melihat atau membeli buku, sebaliknya memahami idea dan gagasan besar yang terkandung dalam karya-karya tokoh tersebut.

“Di PBAKL 2026, saya memilih untuk melangkah lebih jauh daripada sekadar mempamerkan lima buku pilihan.

“Saya mengambil peluang untuk berkongsi, mengupas dan menghidupkan semula pemikiran di sebalik karya-karya yang membentuk jiwa bangsa dan peradaban. Setiap tokoh membawa gagasan besar yang wajar difahami dan diwarisi oleh generasi muda,” katanya.

Tambahnya, ketiga-tiga tokoh yang telah meninggal dunia serta dua lagi tokoh yang masih aktif menyumbang kepada masyarakat dan negara mempunyai pengaruh besar dalam membentuk pemikiran Malaysia moden.

“Justeru, pemikiran mereka perlu terus dipelajari agar dapat menjadi panduan dalam menghadapi cabaran semasa dan masa hadapan,” katanya.

Dalam masa sama, Dr Zulkifli menegaskan usaha membina masa depan yang lebih baik perlu bermula dengan memahami akar pemikiran sendiri.

“Jika kita mahu membina masa depan yang lebih baik, kita perlu mengenali akar pemikiran kita sendiri.

“Membaca tokoh bukan sekadar mengenang sejarah, tetapi menimba hikmah untuk membina peradaban masa hadapan,” katanya.

Program tersebut turut mendapat sambutan menggalakkan daripada pengunjung PBAKL 2026 yang mahu mendalami khazanah pemikiran tokoh-tokoh intelektual negara serta memahami sumbangan mereka dalam membentuk identiti Malaysia hari ini.
 

Anda mungkin berminat dengan

Buku Fixi Novel Reboot Seni Dari Penunggu Abstrakim

Buku Fixi Novel Reboot Seni Dari Penunggu Abstrakim

Buku Fixi Novel Bestseller Kacau Ariff Adly (Edisi 2024)

Buku Fixi Novel Bestseller Kacau Ariff Adly (Edisi 2024)

Belajar Doa Nabi Yunus

Belajar Doa Nabi Yunus

Nike Brasilia Training Duffel Bag

Nike Brasilia Training Duffel Bag

Berdua (Masih) Lebih Baik

Berdua (Masih) Lebih Baik

NIKO Magic Water Book Painting

NIKO Magic Water Book Painting

Must Watch Video

Advertisement