Skip to main content

Selebriti

Hafreez Adam Kongsi Tip Buat Wanita Jika Jumpa 'Lelaki Noty' - "Lain Kali Awak Reply..."

Bakar isteri

Sekilas

  • Pelakon Hafreez Adam berkongsi tip di Threads tentang cara wanita berdepan dengan lelaki gatal yang cuba ambil kesempatan.
  • Hafreez menasihatkan wanita untuk tidak ikut permintaan lelaki yang guna alasan cinta untuk suruh buat perkara tidak wajar.
  • Perkongsian Hafreez mendapat sokongan ramai netizen yang turut berkongsi pengalaman dan cara mereka hadapi situasi sama.

Pelakon Hafreez Adam berkongsi tip kepada seorang pengguna di Threads mengenai cara berdepan dengan lelaki gatal yang cuba mengambil kesempatan terhadap wanita.

Menerusi perkongsian yang dimuat naik itu, Hafreez berkata jika lelaki berkenaan meminta seseorang wanita melakukan apa sahaja atas dasar cinta, wanita tersebut perlu menghentikan sikap tidak berasas itu.

"Lain kali, kalau awak jumpa lelaki terhambat tumbesaran macam ni lagi (but minta dijauhkan lah). Bila dia cakap 'kalau awak sayang saya, awak sanggup buat apa sahaja untuk saya'.

"Awak boleh reply 'okay, kalau awak sayang saya, berhenti minta yang bukan-bukan dan jadi bodoh. Sekarang buktikan awak sayang saya'.

"Dan tahniah, awak baru sahaja elak sebuah peluru," ujarnya.

Perkongsian tersebut meraih perhatian ramai apabila rata-rata netizen menyokong pandangan Hafreez selain turut berkongsi cara mereka mengendalikan situasi sama sekiranya berdepan dengannya.

Anda mungkin berminat dengan

HNL Kerepek Pisang Masin / Banana Salted Chips

HNL Kerepek Pisang Masin / Banana Salted Chips

YAN@YAN Sut Wanita Gaya Korea

YAN@YAN Sut Wanita Gaya Korea

ZANZEA Women Solid Two-Piece Bat Sleeve Vintage Muslim Maxi Dress

ZANZEA Women Solid Two-Piece Bat Sleeve Vintage Muslim Maxi Dress

Tealive Bru & Friends - Milk Tea

Tealive Bru & Friends - Milk Tea

ZANZEA Women Korean Casual Stripes Drop Shoulder 3/4 Sleeve Blouse

ZANZEA Women Korean Casual Stripes Drop Shoulder 3/4 Sleeve Blouse

Must Watch Video

Advertisement