Sekilas
- Kim Khairii mengakui sudah menjangka berada di kedudukan bottom 3 selepas persembahannya di Talk To My Manager 2 tidak mencapai tahap yang diinginkan.
- Dia memilih konsep persembahan yang lebih sederhana dan fokus pada vokal, namun kesilapan semasa raptai menjejaskan prestasinya malam tersebut.
- Walaupun sedih dengan kedudukan itu, Kim berjanji akan berusaha lebih baik untuk persembahan minggu kelima nanti.
Bintang Talk To My Manager 2 (TTMM2), Kim Khairii mengakui sudah menjangkakan kedudukan itu memandangkan persembahannya kali ini tidak mencapai tahap yang diinginkan.
Bagaimanapun, menurut Kim, perkara tersebut tidak mematahkan semangatnya, malah berjanji untuk cuba memberikan yang terbaik untuk persembahan minggu hadapan.
“Saya tak gembira dengan persembahan saya, jadi saya rasa memang saya akan kena bottom 3 tapi saya tak terkilan.
“Cuma saya sedih sebab berada pada kedudukan tersebut, tapi ia jadi pembakar semangat saya untuk memberikan yang lebih baik pada minggu kelima,” katanya kepada Gempak.
Mengulas lanjut mengenai konsep persembahan minggu tersebut, Kim menjelaskan dia dan pengurusnya, Safura memilih pendekatan lebih sederhana untuk persembahan kali ini.
Namun, baginya kesalahan yang dilakukan sewaktu raptai penuh telah menjejaskan persembahannya pada malam tersebut.
“Untuk persembahan itu, saya rasa kita dah selalu buat gimik, jadi kita cuba buat konsep less is more. Sebab saya nak lebih fokus dekat vokal.
“Tapi saya memang berhati-hati sebab semasa rehearsal saya ada buat beberapa kesalahan yang membuatkan saya banyak berfikir, jadi saya kurang fokus semasa menyanyikan lagu itu,” ujarnya.
“Saya setuju dengan komen Che Puan Sarimah. Saya memang nampak berhati-hati dan tidak all out semasa persembahan. Sebab macam saya katakan saya banyak fikir sepatutnya saya enjoy je,” tambahnya.