Skip to main content

Artis Antarabangsa

Malaysia Buat Sienna Spiro 'Terkejut' - "Saya Tak Pernah Ke Sana Sebelum Ini Tapi..."

Astrogempak Sienna

Sekilas

  • Sienna Spiro, penyanyi muda, terkejut dengan sokongan kuat peminat di Malaysia walaupun belum pernah ke sana.
  • Lagu 'Maybe' pernah mencapai tangga nombor satu di Malaysia, menjadikan pengalaman itu sangat bermakna baginya.
  • Dia berharap dapat berkolaborasi dengan penyanyi wanita hebat seperti Lady Gaga dan Barbra Streisand pada masa depan.

Sejak mula menceburi industri muzik, nama penyanyi muda Sienna Spiro semakin mendapat perhatian dan menjadi bualan peminat di seluruh dunia.

Menurut pelantun lagu Maybe itu, apa yang sangat mengejutkannya adalah mendapat sokongan padu daripada peminat di Malaysia.

“Malaysia mungkin antara yang paling mengejutkan saya, sebab saya tak pernah ke sana sebelum ini, tapi saya dengar lagu saya pernah berada di tangga nombor satu di sana.

“Itu memang sesuatu yang sukar dipercayai. Bayangkan tempat yang kita tak pernah pergi, tapi orang di sana kenal siapa kita,” katanya.

Tambahnya lagi, perasaan tersebut sukar digambarkan kerana sokongan itu datang dari tempat yang jauh daripada asalnya.

Dalam pada itu, Sienna turut berkongsi impiannya untuk berkolaborasi dengan penyanyi hebat dunia. Namun, dia mengakui sebahagian besar artis yang menjadi idolanya telah pun meninggal dunia.

“Perasaan itu sangat luar biasa, apatah lagi bila ia berlaku jauh dari tempat asal saya. Ia memang menakjubkan, tapi dalam masa sama sangat mengejutkan,” ujarnya.

“Sebenarnya ramai penyanyi yang saya impikan untuk berduet sudah pun tiada, seperti Frank Sinatra dan Tony Bennett. Namun, saya juga teringin untuk menyanyi bersama penyanyi wanita lain.

“Saya rasa sekarang agak kurang kolaborasi wanita yang kuat seperti zaman dahulu, seperti The Shirelles. Saya tak pasti, mungkin Raye, Lady Gaga atau Barbra Streisand? Terlalu ramai sebenarnya,” tambahnya.
 

Anda mungkin berminat dengan

ZANZEA Women Solid Two-Piece Bat Sleeve Vintage Muslim Maxi Dress

ZANZEA Women Solid Two-Piece Bat Sleeve Vintage Muslim Maxi Dress

ZANZEA Women Korean Casual Stripes Drop Shoulder 3/4 Sleeve Blouse

ZANZEA Women Korean Casual Stripes Drop Shoulder 3/4 Sleeve Blouse

JOOLA PROTON SELKIRK Pickleball racket surface protective cover, Waterproof, Extremely durable synthetic rubber material

JOOLA PROTON SELKIRK Pickleball racket surface protective cover, Waterproof, Extremely durable synthetic rubber material

YAN@YAN Sut Wanita Gaya Korea

YAN@YAN Sut Wanita Gaya Korea

Tealive Bru & Friends - Milk Tea

Tealive Bru & Friends - Milk Tea

Advertisement