Skip to main content

Hiburan

Talk To My Manager 2: Cik B Suka Belanja Kawan, Anggap Itu ‘Love Language’ Dalam Persahabatan

Astrogempak CIK B

Sekilas

  • Cik B mengakui suka membelanja kawan sebagai cara tunjuk kasih sayang, terutama pada acara istimewa seperti hari jadi.
  • Dia lebih selesa menjadi pemberi daripada penerima kerana tidak mahu menyusahkan orang lain dengan bil yang besar.
  • Cik B ikhlas berkawan tetapi tetap ada batas kepercayaan dan akan buang kawan yang mempergunakan dirinya.

Bintang Talk To My Manager 2 (TTMM2), Cik B mengakui sikap gemar membelanjakan rakan-rakan merupakan salah satu cara dirinya menzahirkan kasih sayang dalam persahabatan.

Menurut Cik B atau nama penuhnya Nur Edlynn Zamileen Muhammad Amin, 21, dia berasa gembira apabila dapat menghadiahkan sesuatu yang diinginkan oleh rakan-rakannya, namun perkara itu tidak dilakukan secara berlebihan.

"Melabur atau berbelanja untuk kawan-kawan adalah 'love language' saya dalam persahabatan. Saya gembira kalau dapat belikan sesuatu yang kawan-kawan inginkan tetapi bukan selalu. 

"Mungkin pada acara yang istimewa seperti hari jadi mereka dan tidaklah berlaku setiap hari," katanya kepada Gempak. 

Anak kepada usahawan terkenal, Datuk Seri Vida itu turut percaya amalan berkongsi rezeki dengan rakan-rakan mampu membuka pintu rezeki yang lebih luas buat dirinya.

Bagaimanapun, Cik B mengakui dia kurang selesa apabila berada di pihak yang menerima layanan atau belanja daripada orang lain.

"Saya suka belanja makan kawan-kawan supaya dapat rezeki lebih.

"Sejujurnya, saya tak nak orang belanja sebab saya selalunya akan buat pesanan lima menu terus dan kasihan kepada orang yang nak bayar. 

"Kalau kawan yang belanja, saya pula kasihan dengan diri sendiri sebab dapat 'order' satu menu saja," ujarnya. 

Pada masa sama, Cik B menjelaskan bahawa dia sentiasa ikhlas dalam berkawan, namun tetap meletakkan batas dan tidak mudah memberikan kepercayaan sepenuhnya kepada sesiapa.

"Sebenarnya saya memang ikhlas berkawan dengan semua orang dan ramai yang nampak rasa sayang saya pada kawan-kawan, namun dalam persahabatan perlu ada limitasi atau had. 

"Contohnya walaupun saya sayang dan berkawan dengan ikhlas tetapi saya tidak meletak 100 peratus kepercayaan pun.

"Senang saja,  kalau dia mempergunakan saya, memang akan terus buang terus orang itu tetapi saya ikhlaskan segala-galanya," jelasnya.

Terdahulu, Cik B dalam satu hantaran Threads mengakui tidak pernah berasa bimbang atau menyimpan prasangka terhadap mana-mana individu yang cuba berkawan atau mengambil kesempatan terhadapnya.

Cik B juga dipuji ramai apabila membelikan anak penyanyi Ani Mayuni iaitu Viviana sebuah iPad yang berharga ribuan ringgit sebagai hadiah ulang tahun kelahiran.

Anda mungkin berminat dengan

Walking Balloon Animals/Standing Cartoon Toys with Wheels

Walking Balloon Animals/Standing Cartoon Toys with Wheels

Uniqlo AIRism Cotton Flare Dress | Long Sleeve

Uniqlo AIRism Cotton Flare Dress | Long Sleeve

KING Relaxed Football Jersey Unisex in Mountain Blue by PUMA

KING Relaxed Football Jersey Unisex in Mountain Blue by PUMA

The mini retro gramophone Bluetooth speaker is compact and delicate, making it the top choice for gifts to girls. 复古音响-048

The mini retro gramophone Bluetooth speaker is compact and delicate, making it the top choice for gifts to girls. 复古音响-048

Tudung Bawal Cotton Bidang 45 NEW COLOUR Bucu Tajam Square Hijab

Tudung Bawal Cotton Bidang 45 NEW COLOUR Bucu Tajam Square Hijab

Must Watch Video

Advertisement