Skip to main content

Hiburan

Tak Dapat Tahan Marah, Kamal Adli Tampil Pertahankan Anak - “Terlalu Melampau Untuk Manusia Normal…”

Kamal Adli

Sekilas

  • Pelakon Kamal Adli meluahkan rasa berang selepas menerima komen melampau di media sosial yang mendakwa anaknya, Hawra Uqaira, bukan anak kandungnya.
  • Kamal menegaskan bahawa Hawra Uqaira adalah anak kandungnya dan menganggap komen tersebut sangat melampau dan tidak waras.
  • Beliau menyeru orang ramai supaya tidak menulis perkara negatif yang boleh melukakan hati tanpa sebab yang munasabah.

Pelakon Kamal Adli meluahkan rasa berang apabila menerima komen melampau melibatkan anaknya, Hawra Uqaira daripada netizen di laman sosial. 

 

Menerusi perkongsian di Threads, komen tersebut mendakwa Hawra Uqaira bukan anak kandung Kamal. 

 

“Entah-entah anak orang lain yang dia kandung tapi Kamal tutup maruahnya dengan tak bagi kenyataan apa-apa pun,” tulis individu itu. 

 

Tidak dapat menahan rasa kemarahan, Kamal menegaskan Hawra Uqaira anak kandungnya dan menganggap individu meninggalkan komen itu tidak waras. 

 

“Ini sangat-sangat melampau. Terlalu melampau untuk manusia normal dan sebagai muslim. Itu anak kandung saya. 

 

“Tolong manusia, kalau tak ada apa baik nak tulis… tolong jangan sampai level ni,” ujarnya. 

 

Sumber - Threads

Must-Watch Video

Advertisement