Skip to main content

Hiburan

Tahun Lepas Marhaban, Tahun Ini ‘Bersama SeMoola’ Dengan Filem Pendek Farm Fresh, Siap Ada OST!

Boss Susu

Farm Fresh telah melancarkan iklan Raya terbaharu berjudul Bersama Semoola, yang mula ditayangkan pada 11 Mac 2026 di semua platform digital. 

Berteraskan persahabatan, pertemuan semula, minat dan keberanian untuk bermula kembali, filem muzikal pendek berdurasi 12 minit ini menggabungkan jenaka dan emosi dalam sebuah kisah perayaan yang menghiburkan dan menyentuh hati.

Kempen ini mencatat satu pencapaian penting sebagai iklan Raya pertama Farm Fresh yang menampilkan dengan runut bunyi asal (OST) yang tersedia sepenuhnya untuk penstriman di Spotify. 

Dipersembahkan oleh Margasatwa, lagu ini merupakan lagu Raya pertama dalam diskografi mereka, lengkap dengan video muzik khas. 

Filem ini dibintangi oleh Khir Rahman bersama Dboy Hamdan, Monrasli Aswad serta Ketua Pegawai Operasi Kumpulan Farm Fresh, Encik Azmi Zainal, yang turut memegang peranan penting di layar sebagai salah seorang anggota kumpulan empat sekawan yang menjadi tunjang cerita.

Bersama Semoola mengisahkan empat bekas anggota band era 70-an yang cuba membuat kemunculan semula dengan lagu Raya baharu. Melalui gelak tawa, muzik dan emosi yang belum terlerai, mereka mengeratkan kembali hubungan dan menemui semula keberanian untuk bermula semula. 

Filem ini meraikan kebersamaan, keluarga, dan kekuatan untuk mengeratkan kembali hubungan, disulami dengan hubungan ayah dan anak perempuannya.

Walaupun banyak filem perayaan menumpukan kepada dinamika keluarga tradisional, Bersama Semoola memberi tumpuan kepada persahabatan yang akhirnya menjadi keluarga. 

Ia turut mengetengahkan watak berusia sebagai teras penceritaan, membuktikan bahawa minat dan semangat tidak pernah luput, malah sentiasa boleh dinyalakan kembali.

Diinspirasikan daripada humor dan keunikan karya Mamat Khalid menerusi ‘Rock Ooo’, filem ini menggabungkan elemen nostalgia dengan gaya muzikal sinematik. 

Runut bunyi asal ciptaan Margasatwa (Penerbitan Tongkat Sakti) bersama Megat Fazly mengambil ilham daripada lagu-lagu Raya malar segar yang kekal relevan merentasi generasi. Hook “Ding ding ding!” yang mudah melekat menangkap keceriaan Raya serta keterujaan menerima duit raya.

Filem ini diarahkan oleh Faizal Noar, dengan keserasian pelakon yang terasa semula jadi dan hangat di layar. Antara momen menarik sepanjang penggambaran ialah kehadiran Encik Azmi Zainal yang melangkah yakin ke dunia lakonan bersama barisan pelakon yang dikaguminya, membawa semangat dan keterujaan sebenar ke set penggambaran.

“Tahun ini Farm Fresh membawa satu lagi karya yang lain dari yang lain. Filem pendek kami, Bersama Semoola, ingin mengangkat kisah ringkas tentang persahabatan, keluarga, dan bagaimana muzik itu mempunyai cara tersendiri untuk menyatukan kenangan lama, melalui filem pendek kami, dan lagu OST kami yang telah dimainkan di radio dan Spotify." - Encik Azmi Zainal, Ketua Pegawai Operasi Kumpulan Farm Fresh. 

Bersama Semoola mula disiarkan di YouTube, TikTok dan Facebook. Orang ramai turut dijemput untuk menyertai kemeriahan dengan menghasilkan cover lagu Gembira Raya Bersama Semoola ini, menjadikan lagu Raya tersebut satu momen kebersamaan komuniti. 

 

Anda mungkin berminat dengan

Sejadah baldu gebu tebal 5D

Sejadah baldu gebu tebal 5D

Lavaletta • Anastasia Orchid Flat Sandals Orchid Flower Slippers 1cm

Lavaletta • Anastasia Orchid Flat Sandals Orchid Flower Slippers 1cm

YAN@YAN HANA Set Kurung Corak Jalur – Ringkas Tapi Bergaya - H2025009

YAN@YAN HANA Set Kurung Corak Jalur – Ringkas Tapi Bergaya - H2025009

YAN@YAN Kurung Moden Sulam Lembut – Ayu & Sopan Bergaya-8319

YAN@YAN Kurung Moden Sulam Lembut – Ayu & Sopan Bergaya-8319

The Lutfi Chili Oil with Crispy Garlic

The Lutfi Chili Oil with Crispy Garlic

Must-Watch Video

Advertisement