Skip to main content

Hiburan

“Syukur Dapat Mulakan Tahun Baru Ini Bersama Awak” - Nadia Brian

Nadia Brian

Sekilas

  • Pelakon Nadia Brian berkongsi foto mesra bersama kekasihnya, Nedim Nazri, sambil meluahkan rasa syukur memulakan tahun 2026 bersama.
  • Nadia turut berdoa agar hubungan mereka berkekalan dan mendapat sokongan positif daripada netizen di ruangan komen.
  • Kedua-duanya pernah berkahwin sebelum ini, dengan Nadia dan Nedim masing-masing mempunyai sejarah perkahwinan yang berakhir.

Pelakon, Nadia Brian menyorot perhatian apabila memuat naik foto mesra bersama kekasihnya, Nedim Nazri atau lebih mesra disapa Boss Ned.

Menerusi perkongsian dibuat, Nadia meluahkan rasa syukur kerana dapat memulakan tahun 2026 bersama Nedim di sisi.

“Syukur dapat mulakan tahun baru bersama awak. Selamat tahun baru semua,” kongsinya.

Dalam hantaran lain yang dibuat di Instastory, pemilik nama Nadia Najwa Mohamed Rashidi ini turut berdoa agar hubungannya bersama Nedim berkekalan.

“Semoga kita sentiasa bersama pada tahun-tahun yang mendatang,” ujarnya.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen tumpang gembira dengan kebahagian terbaharu dikecapi Nadia dan mendoakan agar hubungannya bersama Nedim berkekalan.

“Gembira lihat kamu berdua, semoga dipertemukan jodoh.

“Kita doa yang baik-baik untuk kalian berdua.

“Semoga yang baik-baik mengiringi awak berdua,” komen netizen.

Terdahulu, Boss Ned dan Nadia menyorot perhatian selepas berkongsi gambar bersama sekali gus mencetuskan spekulasi netizen bahawa mereka berdua didakwa sedang hangat bercinta.

Sekadar info, Nadia pernah mendirikan rumah tangga bersama jejaka yang dikenali sebagai Muizz Nasruddin pada 9 November 2019 sebelum disahkan berpisah setahun kemudian.

Sementara itu, Nedim juga pernah mendirikan rumah tangga bersama pelakon, Nora Danish pada 30 Mac 2017 sebelum berpisah pada 19 Jun 2024.

Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan anak lelaki yang diberi nama Mohamed Neqayl.

Sumber: IG Nadia Brian

Must-Watch Video

Advertisement