Skip to main content

Hiburan

Syatilla Melvin Takut Hantaran Mengenai Kebaikan Di Threads Disalah Erti, Syukur Terima Banyak Respons Positif - “Orang Tahu Karakter Saya…”

ASTROGEMPAK Syatilla

Sekilas

  • Pelakon Syatilla Melvin berkongsi rasa bimbang untuk menulis tentang solat dan kebaikan di platform Threads kerana sifat karakternya.
  • Walaupun risau, Syatilla menerima banyak maklum balas positif daripada wargamaya selepas perkongsiannya.
  • Dia mengakui tidak pandai menyusun ayat dengan baik tetapi tetap berusaha menyebarkan kebaikan secara ikhlas di media sosial.

Pelakon Syatilla Melvin mengakui dia berasa bimbang untuk berkongsi mengenai solat, kebaikan dan peringatan untuk semua orang di platform Threads. 

 

Menurut Syatilla atau mesra disapa sebagai Tilla, kerisauan itu disebabkan karakternya namun tidak menjangka perkongsiannya banyak menerima respons positif daripada wargamaya.  

 

“Tilla takut sangat nak tulis di Threads bekenaan dengan solat, kebaikan dan peringatan untuk semua. Orang tahu karakter Tilla macam mana. 

 

“Tapi feedback yang Tilla dapat lepas posting sangat positif dan luar biasa. Terima kasih hampa semua!” katanya menerusi hantaran di Threads. 

 

Dalam pada itu, Syatilla berkata tidak pandai untuk menyusun ayat dengan baik tetapi tetap berusaha untuk menyebarkan kebaikan. 

 

“Tilla langsung tak pandai susun ayat proper untuk becakap, Sam selalu kondem aku tapi Tilla cuba untuk tulis peringatan ikhlas untuk semua. 

 

“Tilla jauh sekali daripada orang-orang soleh, tapi hari-hari paksa diri jadi orang baik. Sungguh-sungguh punya paksa tak tipu. Mungkin Threads ni boleh jadi lubok pahala bersama,” kongsinya lagi. 

 

Sumber - Threads

Anda mungkin berminat dengan

TNW S30 Selfie Stick Tripod 3 in 1 Quadrapod Wireless Selfie Stick Bluetooth Remote 360° Phone Tripod Stand with Light

TNW S30 Selfie Stick Tripod 3 in 1 Quadrapod Wireless Selfie Stick Bluetooth Remote 360° Phone Tripod Stand with Light

Nike Club T-Shirt - Black

Nike Club T-Shirt - Black

[BARU RESTOCK] Dr Cardin Drift Ballet Ladies Comfort Sneaker / MaryJanes L-RQA-3826 Kasut Bella Astillah *READY STOCK

[BARU RESTOCK] Dr Cardin Drift Ballet Ladies Comfort Sneaker / MaryJanes L-RQA-3826 Kasut Bella Astillah *READY STOCK

Tudung Bawal Cotton Bidang 45 NEW COLOUR Bucu Tajam Square Hijab

Tudung Bawal Cotton Bidang 45 NEW COLOUR Bucu Tajam Square Hijab

XJ Mini Magnetic GPS Tracker

XJ Mini Magnetic GPS Tracker

Must-Watch Video

Advertisement