Skip to main content

Hiburan

Syasya Rizal Tak Setuju Cara Netizen Mengecam, Pelik Fizikal Jadi Bahan Hinaan - “Tegur Perbuatan Dia, Bukan Rupa!”

fff

Penyanyi, Syasya Rizal tampil menegur sikap segelintir pengguna media sosial yang gemar mengkritik dan menghina fizikal individu lain apabila berlaku sesuatu kesalahan atau kontroversi.

Menerusi satu perkongsian di Threads, Syasya meluahkan rasa kesal apabila kecaman terhadap seseorang sering kali melibatkan rupa paras,sedangkan perkara itu langsung tidak berkait dengan kesalahan yang dilakukan.

“Bila seseorang buat salah di media sosial, kenapa fizikal dia pula jadi sasaran?” tulisnya.

Menurut Syasya, walaupun perbuatan individu terbabit mungkin wajar ditegur, namun menghina rupa paras bukanlah satu bentuk kritikan yang membina.

“Yes, apa yang dia buat mungkin salah. Tegur perbuatan dia. Tapi bila kita mula hina rupa, sesuatu yang langsung tak ada kaitan dengan kesalahan itu, sebenarnya kita cuma ambil peluang untuk menghina ciptaan Allah,” katanya.

Tambah bekas anggota kumpulan Dolla itu, perbuatan berkenaan secara tidak langsung menormalisasikan kebencian dan tidak seharusnya diterima dalam masyarakat.

“Itu bukan kritikan, itu normalisasi kebencian. Dan saya tak rasa perkara itu patut dianggap okay,” ujarnya.

Must-Watch Video

Advertisement