Skip to main content

Hiburan

Suami Kak Nona Bersuara Isu Dakwaan Masalah Rumah Tangga - “Bagi Kami Masa, Insya-Allah Tak Ada Apa-Apa”

Kak Nona

Sekilas

  • Suami Kak Nona, Muhammad Iskandar Ali, memilih untuk tidak mengulas lanjut mengenai dakwaan keretakan rumah tangga mereka.
  • Iskandar memohon ruang dan masa untuk menyelesaikan salah faham bersama isteri tanpa mengeluarkan kenyataan rasmi.
  • Dakwaan masalah rumah tangga timbul selepas adik Kak Nona, Kak KM, memberi bayangan mereka sudah tiada ikatan.

Suami kepada usahawan dan pempengaruh, Kak Nona iaitu Muhammad Iskandar Ali memilih untuk menutup mulut susulan dakwaan mengenai keretakkan rumah tangganya bersama isteri.

Menerusi satu sesi siaran langsung yang dibuat, Iskandar memaklumkan apa yang berlaku adalah antara dirinya dan isteri.

Sehubungan dengan itu, Iskandar memilih untuk tidak mengeluarkan apa-apa kenyataan dan mahu diberikan ruang dan masa untuk menyelesaikan segala salah faham yang berlaku.

“Saya dan Kak Nona tak keluarkan apa-apa kenyataan lagi jadi bagi kami masa.

“Saya tak nak komen lebih-lebih sebab ini adalah masalah saya dengan Kak Nona.

“Saya dan dia bagi diri kami masing-masing masa, insya-Allah tak ada apa-apa. Doakan yang baik-baik.

“Desas-desus yang ada soal perkahwinan kami, biarkan saja,” kongsi Iskandar.

Terdahulu, dakwaan mengenai masalah rumah tangga mereka mula timbul selepas adik kepada Kak Nona yang juga usahawan iaitu Kak KM seakan memberi bayangan mereka sudah tidak lagi mempunyai ikatan.

Sumber: TikTok

Anda mungkin berminat dengan

Uniqlo Premium Linen Shirt | Long Sleeve

Uniqlo Premium Linen Shirt | Long Sleeve

My Ballerine Jenny Comfy Sandals

My Ballerine Jenny Comfy Sandals

YAN@YAN Sut Wanita Gaya Korea

YAN@YAN Sut Wanita Gaya Korea

[medicube official] PDRN Pink Serum Mist | Serum Semburan | Keanjalan | Penghalang Kulit | Glutathione Peptida Niacinami

[medicube official] PDRN Pink Serum Mist | Serum Semburan | Keanjalan | Penghalang Kulit | Glutathione Peptida Niacinami

SHEGLAM Buttery Bliss Face Blush Stick

SHEGLAM Buttery Bliss Face Blush Stick

Must-Watch Video

Advertisement