Skip to main content

Berita Tempatan

Slam Kenang Peristiwa Buat Konsert Masa Blackout: “Ramai Peminat Tersangkut di Jalan Raya, Penyokong Bola Datang…”

Astro Gempak slam

Sekilas

  • Konsert Slam Unplugged pertama pada 3 Ogos 1996 di Stadium Merdeka terganggu akibat blackout seluruh Semenanjung Malaysia, namun konsert tetap berlangsung dengan bantuan janakuasa.
  • Walaupun dalam keadaan gelap dan serba kekurangan, persembahan Slam diterima baik oleh peminat yang juga penyokong bola sepak selepas perlawanan Piala FA 1996 dibatalkan.
  • Nostalgia konsert tersebut akan diteruskan dengan The Grand Slam Unplugged 2 pada 20 Jun di Mega Star Arena, dengan harapan tiada gangguan elektrik kali ini.

Pada 3 Ogos 1996, suasana berjalan seperti biasa dan membuatkan sebuah kumpulan iaitu Slam sangat teruja kerana akan pertama kali tampil dengan Konsert Slam Unplugged di Stadium Merdeka.

Apa yang tidak mereka ketahui di sebalik semua persediaan rapi yang telah disusun, Semenanjung Malaysia ditakdirkan mengalami gangguan elektrik sekali gus merubah keseluruhan perancangan asal konsert tersebut.

Sambil tertawa kecil, Slam menceritakan momen ‘cemas’ tersebut namun telah tercatat sebagai sejarah manis dalam karier mereka.

“Kronologinya ramai yang tak tahu. Semua berjalan macam biasa. Masa rehearsal semua okay, tiada apa yang berlaku. Jadi kami balik ke hotel untuk salin baju bersiap, masa itu di hotel sudah tioada elektrik.

“Tapi kami ingat hanya di hotel yang mengalami gangguan elektrik, bukan satu Malaysia, jadi semuanya masih okay,” ujar Shah membuka bicara.

Shah kemudian memberitahu Slam bergerak awal ke lokasi konsert, namun masih belum mengetahui situasi sebenar yang berlaku.

“Sampai di stadium, kami disuruh duduk dalam satu bilik. Kami tidak tahu apa yang berlaku lagi pada waktu itu. Manager hanya cakap ‘problem’ tak ada api.

“Tapi sebab masa itu kita belum ada media sosial kan, jadi kami tidak tahu sebenarnya satu Malaysia tak ada elektrik. Apa yang kami tahu, ingat hanya di kawasan kami,” katanya.

Dalam kelam kabut di atas situasi yang tidak terduga, pihak produksi mencari jalan alternatif iaitu menggunakan generator set atau janakuasa bagi memastikan konsert dalam dilaksanakan.

“Pihak produksi pecahkan mangga gen set di belakang stadium dan kami main macam biasa. Waktu itu terang lah sekejap, habis show gelap semula tapi kami tidak tahu lagi satu Malaysia tiada elektrik. Esoknya baru kami tahu,” kenang Slam sambil ketawa.

Menurut mereka, yang menariknya, konsert Slam pada malam itu tetap berlangsung dengan baik meski dalam serba kekurangan dengan dihadiri sebahagian peminat adalah penyokong bola sepak yang hadir untuk menyaksikan Perlawanan Akhir Piala FA 1996 antara Kedah dan Sarawak. 

“Dalam keadaan gelap peminat semua okay, tepuk tangan dan semua berjalan seperti biasa. Dan sebenarnya ramai peminat Slam tersangkut di jalan raya kerana lampu isyarat tidak berfungsi.

“Tapi ramai crowd merupakan penyokong bola yang datang tengok sebab perlawanan bola dibatalkan,” kata Zamani pula.

Lili menyambung: “Banyak lampu meletup dan sound yang agak rendah, semuanya serba kekurangan tapi kami buat semua negativiti dan buat persembahan macam biasa.”

Kini nostalgia tersebut akan disambung menerusi pengganjuran The Grand Slam Unplugged 2 yang dijadual berlangsung pada 20 Jun di Mega Star Arena.

Cuma kata Slam: “Kita hanya nak bawa nostalgia, tapi jangan tak ada elektrik pula.”

Anda mungkin berminat dengan

Skechers Unisex CNY Short Sleeve Tee

Skechers Unisex CNY Short Sleeve Tee

Rezeki Bersama RM5

Rezeki Bersama RM5

现货 kissy 新款无痕聚拢无钢圈内衣 反重力提拉 收副乳 KISSY New Seamless Push Up Bra Wireless Soft Support Anti Gravity Tummy Control Back Smoothing Fixed Cup

现货 kissy 新款无痕聚拢无钢圈内衣 反重力提拉 收副乳 KISSY New Seamless Push Up Bra Wireless Soft Support Anti Gravity Tummy Control Back Smoothing Fixed Cup

adidas Adicolor Trefoil T-Shirt - Brown

adidas Adicolor Trefoil T-Shirt - Brown

POP MART Residents of Bikini Bottom-Whimsical Plush Part2 Blind Box (Whole Set)

POP MART Residents of Bikini Bottom-Whimsical Plush Part2 Blind Box (Whole Set)

OHNII CNY Exclusive: Oversized Horse Front Haughty Bear Cotton Jersey Tshirt

OHNII CNY Exclusive: Oversized Horse Front Haughty Bear Cotton Jersey Tshirt

Must-Watch Video

Advertisement