Skip to main content

Hiburan

Siti Nordiana Tak Letak Kriteria Tinggi Cari Jodoh, Mahu Bakal Suami Terima Seadanya - “Tak Perlu Jadi Orang Lain Bila...”

fdfgdf

Sekilas

  • Siti Nordiana mengutamakan keserasian dan rasa selesa dalam mencari pasangan hidup tanpa meletakkan kriteria terlalu tinggi.
  • Beliau menegaskan pentingnya pasangan suami isteri memahami peranan dan tanggungjawab masing-masing dalam perkahwinan.
  • Nana berharap dapat bertemu pasangan yang menerima dirinya seadanya dan impian itu akan tercapai suatu hari nanti.

Penyanyi Siti Nordiana mengakui tidak meletakkan kriteria terlalu tinggi dalam mencari pasangan hidup, sebaliknya hanya mengharapkan bakal suami yang mampu menerima dirinya seadanya.

Menerusi perkongsian dalam sebuah podcast SYOK, Siti Nordiana atau mesra disapa Nana berkata, keserasian dan rasa selesa antara satu sama lain menjadi perkara paling utama buatnya.

“Saya tak kisah sangat, saya harap dia boleh terima saya seadanya. Saya rasa selesa dengan dia dan saya tak perlu jadi orang lain bila bersama dia,” katanya.

Dalam masa sama, pelantun lagu Hatiku Milikmu itu turut menegaskan kepentingan memahami peranan dan tanggungjawab masing-masing dalam sesebuah perkahwinan.

Menurutnya, pasangan suami isteri perlu sedar ruang dan tahu menyesuaikan diri dalam menjalani kehidupan bersama tanpa mengorbankan keselesaan diri.

“Bila jadi isteri dan suami itu, kena pandai-pandai penuhi tanggungjawab masing-masing, tapi dalam masa yang sama kena selesa,” ujarnya.

Tambah Nana, itulah kriteria ringkas yang diharapkannya dalam mencari pasangan hidup dan berharap impian tersebut dapat dimakbulkan suatu hari nanti.

“Itu kriteria yang saya harap dapatlah, insya-Allah,” katanya.

Terdahulu, Nana pernah mendirikan rumah tangga bersama pelakon, Allahyarham Faizal Yusof pada April 2006 dan dikurniakan seorang cahaya mata lelaki sebelum berpisah pada 2009.

 

Sumber: Threads

Must-Watch Video

Advertisement