Skip to main content

Hiburan

Serik Hadap ‘Jammed’ 18 Jam, Ezzanie Jasny Pilih Naik Kapal Terbang Balik Kelantan

Ezzanie Jasny

Sekilas

  • Pelakon Ezzanie Jasny menyerahkan urusan memasak kepada keluarganya setiap kali musim perayaan dan tahun ini akan beraya di kampung halamannya di Kelantan.
  • Ezzanie memilih untuk naik kapal terbang pulang ke Kelantan kerana pernah mengalami kesesakan jalan raya selama 18 jam ketika memandu balik kampung.
  • Menu kegemaran Ezzanie semasa Hari Raya adalah kuah kuzi dengan roti jala, yang jarang didapati di Kuala Lumpur dan sentiasa dinantikan setiap kali pulang ke kampung.

Meskipun suka memasak, namun kebiasaannya pelakon Ezzanie Jasny menyerahkan urusan memasak kepada keluarganya setiap kali tiba musim perayaan.  

Menurut Ezzanie, tahun ini dia akan pulang beraya ke kampung halamannya di Kelantan.  

"Kalau beraya dekat kampung, selalunya keluarga yang akan masak. Tahun ini saya raya jauh di Kelantan, jadi kita serahkan tugas itu kepada mereka," selorohnya. 

Dalam masa sama, Ezzanie turut mengakui dia sudah serik untuk memandu pulang ke Kelantan selepas pernah berdepan pengalaman terperangkap dalam kesesakan jalan raya yang sangat lama.

"Memang kalau balik Kelantan saya tak nak drive. Saya takkan drive kalau balik sana sebab dah pernah kena 18 jam tersekat dalam kesesakan jadi cukuplah. Serik dah. 

"Balik nanti akan naik kapal terbang," katanya. 

Selain itu, Ezzanie juga berkongsi tentang hidangan kegemarannya yang sering dinantikan setiap kali pulang ke kampung.

Menurutnya, menu kuah kuzi yang dimakan bersama roti jala menjadi antara hidangan wajib buat dirinya ketika Hari Raya.

"Kuah kuzi, makan dengan roti jala. Itu kegemaran saya sebab kalau dekat KL jarang tak ada orang buat, jadi kalau balik kampung memang akan look forward untuk makan kuah kuzi dengan roti jala. 

"Saya rasa keluarga semua dah had enough of kuah kuzi, tapi saya yang akan request untuk makan pada hari raya pertama," ujarnya.

Anda mungkin berminat dengan

The Lutfi Chili Oil with Crispy Garlic

The Lutfi Chili Oil with Crispy Garlic

Sejadah baldu gebu tebal 5D

Sejadah baldu gebu tebal 5D

YAN@YAN Kurung Moden Sulam Lembut – Ayu & Sopan Bergaya-8319

YAN@YAN Kurung Moden Sulam Lembut – Ayu & Sopan Bergaya-8319

Lavaletta • Anastasia Orchid Flat Sandals Orchid Flower Slippers 1cm

Lavaletta • Anastasia Orchid Flat Sandals Orchid Flower Slippers 1cm

BUKIPET Mafaza Raya Dress Series

BUKIPET Mafaza Raya Dress Series

Must-Watch Video

Advertisement