Skip to main content

Hiburan

"Saya Memang Kejar Duit, Bukan Popular" - Dituduh Murahan & Hambakan Duit, Cik Piah Bidas Dakwaan Abai Keluarga Demi Kerja

fvfvvd

Sekilas

  • Penyampai radio Suria FM, Feeya Iskandar atau Cik Piah, meluahkan rasa terkilan terhadap kritikan yang mendakwa dia terlalu mengejar duit sehingga mengabaikan keluarga.
  • Cik Piah menegaskan setiap pengorbanannya demi keluarga dan bukan untuk populariti, serta berterima kasih atas pencapaian kerjaya hampir lapan tahun di Suria FM.
  • Dia berkongsi tangkap layar mesej kritikan yang diterima dan menegaskan dia tahu apa yang terbaik untuk keluarganya walaupun tidak semua orang memahami pengorbanannya.

Penyampai radio Suria FM, Feeya Iskandar atau lebih dikenali sebagai Cik Piah meluahkan rasa terkilan terhadap individu yang mengkritik cara hidup dan kerjayanya.

Menerusi perkongsian di aplikasi Threads, Cik Piah memuat naik tangkap layar mesej diterimanya daripada seorang individu yang mengkritiknya termasuk dakwaan kononnya dia terlalu mengejar duit sehingga mengabaikan keluarga.

“Cik Piah nampak murahan sangat, hujung minggu pun kerja juga, hambakan duit, bukan kata spend time dengan keluarga ke.

“Teguran ikhlas dari saya, suami dan anak selalu ditinggalkan,” tulis individu berkenaan.

eded

Tidak berdiam diri, penyampai radio berusia 38 tahun itu membalas kritikan tersebut dengan menegaskan setiap pengorbanannya dilakukan demi keluarga.

“Tak semua pengorbanan perlu difahami orang. Teruslah berkata-kata, saya tahu apa yang terbaik untuk keluarga saya.

“Penat saya hari ini untuk mereka. Saya memang kejar duit bukan kejar popular. Alhamdulillah,” tulisnya.

Dalam masa sama, Cik Piah turut menyatakan rasa syukur dengan pencapaian kerjayanya sepanjang hampir lapan tahun bersama Suria FM.

“Boleh senyum tengok KWSP saya dekat lapan tahun di Suria FM,” katanya.

 

Sumber: Threads

Must-Watch Video

Advertisement