Skip to main content

Bollywood

Sakit Perut Di Pulau, Rebecca Ferguson Telefon Tom Cruise Minta Helikopter

sarah_tom

Sekilas

  • Aktres Rebecca Ferguson pernah mengalami sakit perut kronik ketika bercuti di Maldives dan menghubungi Tom Cruise untuk mendapatkan bantuan.
  • Ferguson meminta Cruise mendapatkan helikopter untuk membawanya keluar dari pulau tersebut selepas suaminya mencadangkan perkara itu.
  • Ferguson pernah berlakon bersama Cruise dalam beberapa francais Mission: Impossible sejak 2015 hingga 2023.

Aktres Rebecca Ferguson mendedahkan pernah meminta pertolongan daripada pesohor seni dunia, Tom Cruise dengan cara yang tidak biasa.

Menurut Ferguson, dia mengalami sakit perut kronik sewaktu bercuti di pulau Maldives.

Bukan mencari doktor, bintang yang menjadi teman Cruise selepas terlibat dengan francais Mission: Impossible itu menelefon aktor tersebut untuk meminta bantuan.

“Saya sakit perut yang sangat teruk di Maldives. Saya telefon Cruise dan minta beliau mendapatkan helikopter untuk saya. Ia agak lucu,” akuinya seperti dilaporkan The Independent.

Ferguson mengatakan dia menelefon dan meminta helikopter daripada Cruise selepas suaminya.

“Suami cakap, Cruise boleh dapatkan saya helikopter,” katanya lagi.

Bintang Sweden itu bagaimanapun tidak memberitahu sama ada Cruise menghulurkan bantuan helikopter untuk membawanya keluar daripada pulau dan mendapatkan rawatan sewajarnya.

Ferguson, 42, terlibat dengan beberapa francais Mission Impossible termasuk di Rogue Nation (2015), Fallout (2018) dan Reckoning (2023).

Anda mungkin berminat dengan

VELOCITY Tri-Blend Running T-Shirt Men in Green Terrain/Heather by PUMA

VELOCITY Tri-Blend Running T-Shirt Men in Green Terrain/Heather by PUMA

GRAPHIC Super PUMA Pocket T-Shirt Men in Dusky Gray, L

GRAPHIC Super PUMA Pocket T-Shirt Men in Dusky Gray, L

adidas Adicolor Trefoil T-Shirt - Brown

adidas Adicolor Trefoil T-Shirt - Brown

adidas Real Madrid Terrace Icons T-Shirt

adidas Real Madrid Terrace Icons T-Shirt

T7 Baby T-Shirt Youth in Poised Pink by PUMA, 15-16Y

T7 Baby T-Shirt Youth in Poised Pink by PUMA, 15-16Y

Must-Watch Video

Advertisement