Skip to main content

Hiburan

Talk To My Manager 2: Bukan Peserta, Adrian Adam Tetap Berlatih Menyanyi Lagu ‘Ku Mohon’ Sebelum Buat Persembahan

ASTROGEMPAK Adrian

Penampilan khas anak kepada pelakon Amyza Aznan iaitu Adrian Adam di pentas Talk To My Manager 2 (TTMM2) pada malam Ahad lalu meraih perhatian. 

 

Menerusi perkongsian video yang dimuat naik Fariq Khaled berkata Adrian tetap berlatih bersungguh-sungguh untuk menyampaikan lagu ‘Ku Mohon’ biarpun bukan salah seorang peserta. 

 

“Walaupun Adrian bukan peserta, tetapi Adrian berlatih betul-betul untuk sampaikan cerita ‘Ku Mohon’ kepada rakyat Malaysia yang selalu doakan Adrian,” kongsinya. 

 

Ibu kepada Adrian turut memuat naik semula video tersebut dengan mengatakan arwah anaknya, Andre Mikhail sentiasa berada dalam jiwa Adrian. 

 

“Andre Mikhail lives in your soul Adrian,” tulisnya ringkas. 

 

Suasana pentas TTMM2 bertukar hiba apabila anak kedua kepada pelakon Amyza Aznan iaitu Adrian Adam membuat penampilan istimewa di pentas tersebut.

 

Menurut Adrian, dia bersyukur kerana dapat hadir ke pentas tersebut meskipun tidak berpeluang menjadi peserta program tersebut.

 

Sementara itu, Amyza berkongsi keadaan kesihatan terkini anaknya yang sedang menjalani rawatan di hospital.

Sumber - Threads

Anda mungkin berminat dengan

POP MART Twinkle Twinkle Crush On You Series-Plush Pendent Blind Box

POP MART Twinkle Twinkle Crush On You Series-Plush Pendent Blind Box

OHNII CNY Exclusive: Oversized Horse Front Haughty Bear Cotton Jersey Tshirt

OHNII CNY Exclusive: Oversized Horse Front Haughty Bear Cotton Jersey Tshirt

POP MART DIMOO Moments in Bloom Series Figures

POP MART DIMOO Moments in Bloom Series Figures

Nike Club T-Shirt - Black

Nike Club T-Shirt - Black

MKshop korean straight cut pants men casual sports pants ice slik drawstring pants seluar casual lelaki bertali [K30]

MKshop korean straight cut pants men casual sports pants ice slik drawstring pants seluar casual lelaki bertali [K30]

Skechers Unisex CNY Short Sleeve Tee

Skechers Unisex CNY Short Sleeve Tee

Advertisement