Skip to main content

Hiburan

Rosyam Nor Anggap Lambakan Lagu Raya Sekadar Hiburan, Bantu Meriahkan Sambutan Aidilfitri

Astro Gempak 314

Sekilas

  • Datuk Rosyam Nor berpendapat lagu raya kini mudah dihasilkan kerana teknologi seperti AI memudahkan proses ciptaan lagu tanpa perlu jumpa komposer seperti dulu.
  • Rosyam mengakui ada lagu raya yang serius dan ada juga yang sekadar hiburan untuk memeriahkan suasana Aidilfitri.
  • Beliau berkongsi persiapan Aidilfitri yang lebih sederhana dengan fokus kepada keluarga dan mengenang insan tersayang yang telah tiada.

Pelakon versatil, Datuk Rosyam Nor menyuarakan pandangan mengenai lambakan lagu raya masa kini yang disifatkan semakin mudah dihasilkan berbanding dahulu.

Menurut Rosyam, situasi tersebut berlaku kerana sesiapa sahaja kini boleh menghasilkan lagu sendiri tanpa melalui proses seperti zaman dahulu.

“Tapi yang tak bagus pun ramai juga. Macam orang menyanyi karaoke, dia rasa dia bagus, buatlah album.

“Tapi (dulu) dia tak ada duit nak buat album. Sekarang ada duit, dia buatlah album. Tapi ada juga orang tengok,” katanya.

Tambahnya, ada juga lagu yang dihasilkan sekadar hiburan semata-mata bagi memeriahkan suasana Aidilfitri.

“Kadang-kadang dia serius, kadang-kadang lagu tu ibaratnya lagu komedi untuk memeriahkan suasana.

“Siapa rasa dia nak buat lagu apa, buatlah. Duit dia,” ujarnya.

Dalam masa sama, Rosyam turut menyentuh penggunaan teknologi seperti kecerdasan buatan (AI) yang memudahkan proses penghasilan lagu.

“Macam dulu-dulu lain, kena jumpa komposer. Sekarang masuk dekat AI, masuk dekat ChatGPT dah jadi lagu, nyanyi sajalah.

“Itu saja, tak ada masalah,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Rosyam turut berkongsi persiapan Aidilfitri yang lebih sederhana dengan memberi tumpuan kepada keluarga.

“Persiapan biasanya orang rumah dengan anak-anak. Saya ikut saja, dia orang suruh pakai warna apa, saya pakai.

“Yang penting bagi saya hari raya kena kenang mereka yang telah pergi,” katanya.

Tambahnya, suasana Aidilfitri kini lebih syahdu apabila mengenangkan insan tersayang yang telah tiada.

“Hari raya ni rasa syahdu sebab hari berkumpul dengan sanak saudara. Kadang tahun lepas ada, tahun ni tak ada,” ujarnya.

Sebagai ketua keluarga, Rosyam berkata tanggungjawabnya adalah menyediakan keperluan serta menyambut kepulangan anak dan cucu.

“Persiapan saya ialah sediakan apa yang patut dan hias rumah untuk tunggu anak-anak dan cucu balik,” katanya.

Anda mungkin berminat dengan

Nike Brasilia Training Duffel Bag

Nike Brasilia Training Duffel Bag

HABIB 916 22K Yellow Gold Charm 6800027Y

HABIB 916 22K Yellow Gold Charm 6800027Y

[WONDERNAIL] Totoro and Friends Set

[WONDERNAIL] Totoro and Friends Set

HABIB 999 24K Yellow Gold Pendant (Butterfly) 9GP008

HABIB 999 24K Yellow Gold Pendant (Butterfly) 9GP008

Nike Sportswear Futura

Nike Sportswear Futura

BLANK PERFUME CAR FRESHENER 🔥ORIGINAL🔥 READY STOCK Manees Car Perfume QISH PARFUM QIS

BLANK PERFUME CAR FRESHENER 🔥ORIGINAL🔥 READY STOCK Manees Car Perfume QISH PARFUM QIS

Must-Watch Video

Advertisement