Skip to main content

Hiburan

Remaja Raih Pujian, Sanggup Simpan Belanja Sekolah Demi Belikan Emas Sempena Hari Jadi Ibu

Hari Jadi Ibu

Sekilas

  • Seorang remaja yang masih bersekolah tular di TikTok selepas membeli barang kemas seberat 0.20 gram sebagai hadiah hari jadi untuk ibunya.
  • Remaja tersebut berjaya membeli hadiah itu hasil daripada menyimpan wang perbelanjaan sekolahnya.
  • Kedai emas yang berkongsi video tersebut mendoakan agar remaja itu dimurahkan rezeki atas usaha dan niat baiknya.

Di TikTok, tular satu video dimuat naik sebuah kedai emas mengenai seorang remaja yang masih bersekolah hadir bagi membelikan hadiah bersempena ulang tahun kelahiran ibunya.

Menerusi perkongsian yang dibuat, pihak kedai memaklumkan bahawa remaja berkenaan berjaya membeli barang kemas seberat 0.20 gram itu hasil daripada menyimpan wang perbelanjaan sekolah harian yang dikumpulnya.

“Harini ada adik soleh datang kedai, balik sekolah terus datang kedai emas. Katanya esok birthday maknya, dia nak beli hadiah.

“Dia simpan duit sekolah untuk belikan hadiah untuk maknya,” kongsinya.

Di akhir perkongsian, kedai emas yang berpangkalan di ibu kota itu menitipkan doa buat remaja berkenaan agar sentiasa dimurahkan rezeki atas usahanya untuk menggembirakan hati ibunya.

“Semoga adik dimurahkan rezeki selalu sebab dah bahagiakan mak,” tulisnya lagi.

Menjengah ke ruangan komen, rata-raya warganet meluahkan rasa kagum serta memuji remaja berkenaan yang disifatkan sebagai seorang yang berhati mulia.

Sumber: TikTok

Anda mungkin berminat dengan

BZEBI Gold Diamond Heart Necklace 18k Pendant Simple Adjustable Chain Emas 916 Hypoallergenic 146n

BZEBI Gold Diamond Heart Necklace 18k Pendant Simple Adjustable Chain Emas 916 Hypoallergenic 146n

POH KONG 999.9/24K Happy Baby Gold Wafer Coin

POH KONG 999.9/24K Happy Baby Gold Wafer Coin

[guyumao] Women Large Statement 3D Layered Golden Flower Brooch Bold Retro Statement Elegant Collar Accessory For Party Wedding Daily Wear MY

[guyumao] Women Large Statement 3D Layered Golden Flower Brooch Bold Retro Statement Elegant Collar Accessory For Party Wedding Daily Wear MY

Must Watch Video

Advertisement