Skip to main content

Hiburan

Fauziah Nawi Sambung Master, Sasar Genggam PhD - “Perkara Yang Pastinya Menggembirakan Arwah Bapa”

Fauziah Nawi

Sekilas

  • Pelakon veteran Datuk Fauziah Nawi, 73 tahun, menyambung pengajian peringkat sarjana dalam bidang seni di Universiti Sains Malaysia (USM).
  • Fauziah berkongsi kegembiraan ini di Threads dan percaya keputusan itu akan menggembirakan arwah bapanya, Tuan Haji Nawi Mukri.
  • Rata-rata netizen memberi sokongan dan ada yang mengusik agar Fauziah teruskan ke peringkat PhD selepas tamat master.

Pelakon veteran, Datuk Fauziah Nawi membuktikan bahawa usia bukan penghalang buatnya untuk menyambung pengajian peringkat sarjana (master) dalam bidang seni di Universiti Sains Malaysia (USM).

Menerusi Threads, Fauziah, 73, yang memuat naik foto dirinya sambil memegang kad pelajar memaklumkan bahawa keputusannya untuk menyambung pelajaran pasti akan menggembirakan arwah bapanya.

“Perkara yang pastinya menggembirakan arwah bapa, Tuan Haji Nawi Mukri,” kongsinya.

Sementara itu, Fauziah seakan memberi gambaran bahawa dirinya menyasarkan untuk menggenggam gelaran Doktor Falsafah (PhD) satu hari nanti.

“Ibu (Fauziah) sambung PhD pula ke? Terbaik,” komen netizen.

“Selesaikan Master dulu,” kongsinya.

Perkongsian tersebut kemudiannya meraih perhatian ramai yang rata-ratanya meluahkan rasa kagum dengan Fauziah Nawi.

Sumber: Threads

Anda mungkin berminat dengan

[Centellian24] Madeca Cream Time Reverse Moisturizer Season7 for Total Anti-Aging Solution 50ml

[Centellian24] Madeca Cream Time Reverse Moisturizer Season7 for Total Anti-Aging Solution 50ml

GARNIER COLOR NATURALS ULTRA COLOR HAIR DYE COLOUR 20ML/30ML

GARNIER COLOR NATURALS ULTRA COLOR HAIR DYE COLOUR 20ML/30ML

Yonex Mens HY Ultra Mens Badminton Shoes (WHITE / BLACK) - Sports Direct

Yonex Mens HY Ultra Mens Badminton Shoes (WHITE / BLACK) - Sports Direct

Dr Cardin Women Comfort Woven Mary Jane Flat L AIC 9292

Dr Cardin Women Comfort Woven Mary Jane Flat L AIC 9292

VIRTOK Shoupin首品 Hair Dye Full Set Free Tools & Developer Pewarna Rambut Hair Colour 染发剂流行色染发膏奶茶灰棕

VIRTOK Shoupin首品 Hair Dye Full Set Free Tools & Developer Pewarna Rambut Hair Colour 染发剂流行色染发膏奶茶灰棕

Plus Size 3 Colors Kasut Lelaki Men Leather Sneakers Breathable Krasovki Shoes Super Light White Casual Shoes Male Tenis Masculino 38-48

Plus Size 3 Colors Kasut Lelaki Men Leather Sneakers Breathable Krasovki Shoes Super Light White Casual Shoes Male Tenis Masculino 38-48

Must Watch Video

Advertisement