Skip to main content

Hiburan

Puteri Aishah Akui Bahagia Dapat Suami Kacak - “Best Hari-Hari Tengok, Masya-Allah… Cair”

Puteri Aishah

Sekilas

  • Pelakon Puteri Aishah berkongsi bahawa memiliki suami yang tampan adalah satu kebahagiaan dalam rumah tangganya.
  • Dia berkata hari-harinya menjadi gembira apabila dapat melihat wajah suaminya setiap pagi.
  • Perkongsian itu dibuat sebagai respons kepada soalan di aplikasi Threads mengenai keseronokan memiliki suami kacak.

Pelakon, Puteri Aishah menyifatkan memiliki suami yang berwajah tampan sebagai antara kebahagiaan yang cukup bermakna dalam kehidupan berumah tangganya.

Menurut Puteri atau nama sebenarnya Puteri Aishah Sulaiman, harinya akan menjadi gembira apabila dapat dimulakan dengan melihat wajah suaminya pagi setiap pagi.

Tambah peserta Dewi Remaja bagi edisi 2014/15 itu, penampilan suaminya yang kacak itu juga akan membuatkan dirinya sentiasa ‘cair’.

“Best, hari-hari tengok muka suami kat sebelah.

“Handsome, masya-Allah. Cair kita,” tulisnya.

Puteri Aishah berkongsi perkara tersebut menerusi ruangan komen di hantaran yang dibuat seorang individu menerusi aplikasi Threads.

Terdahulu, seorang individu tampil bertanyakan soalan adakah seronok sekiranya dapat memiliki seorang suami yang berwajah tampan.

Ciapan tersebut kemudiannya mendapat pelbagai respon netizen termasuklah Puteri Aishah.

Sumber: Threads

Anda mungkin berminat dengan

Corolla Soft New Shoes

Corolla Soft New Shoes

GOOJODOQ 2 in 1 Handheld Camera Fan

GOOJODOQ 2 in 1 Handheld Camera Fan

ATLAS G5 HD Screen Macaron Handheld Game Console Mini Arcade 500 Game Charging Portable Game Players Game Box

ATLAS G5 HD Screen Macaron Handheld Game Console Mini Arcade 500 Game Charging Portable Game Players Game Box

POH KONG 999.9 Pure Yellow Gold 1/4 Dinar

POH KONG 999.9 Pure Yellow Gold 1/4 Dinar

HABIB Songket Collection

HABIB Songket Collection

Must-Watch Video

Advertisement