Skip to main content

Selebriti

"Dia Terlepas Kawalan & Melakukan Aksi Yang Tiada Dalam Skrip" - Remy Ishak

Bakar isteri

Sekilas

  • Remy Ishak berkongsi pengalaman tegang apabila rakan gandingannya, Ahirine Ahirudine, gagal mengawal emosi ketika melakonkan babak dalam filem Mikael: Pemburu Dua Alam.
  • Remy menganggap insiden itu perkara biasa bagi pelakon baharu dan tidak mahu memperbesarkan isu tersebut, malah meminta produksi menasihati Ahirine agar lebih bertenang.
  • Filem Mikael: Pemburu Dua Alam mula ditayangkan di pawagam seluruh Malaysia sejak 2 April dengan barisan pelakon termasuk Remy Ishak dan Norreen Iman.

Pelakon, Remy Ishak berkongsi pengalaman tegang apabila rakan gandingannya, Ahirine Ahirudine gagal mengawal emosi ketika melakonkan babak dalam Filem Mikael: Pemburu Dua Alam.

Remy bagaimanapun menggangap perkara tersebut bukanlah isu yang wajar diperbesarkan, malah memahami Ahirine sebagai pendatang baharu dalam bidang tersebut.
 

"Saya anggap ini perkara biasa dalam produksi dan tidak perlu diperbesarkan. Mungkin dia rasa bersalah, tetapi saya tidak ambil hati.

"Ada sedikit rasa ketika di set, namun saya fikir tidak perlu dibesarkan kerana dia asalnya bukan pelakon, sebaliknya pempengaruh media sosial.

"Apabila dia marah, dia benar-benar marah hingga sukar membezakan antara lakonan dan realiti. Ada ketika dia terlepas kawalan dan melakukan aksi yang tiada dalam skrip seperti tersepak atau terajang.

"Namun, saya tidak mengambil serius perkara itu. Biasalah, pelakon baharu masih belajar mengawal emosi dan teknik lakonan,"katanya kepada Gempak.

Remy berkongsi perkara tersebut ketika menghadiri malam gala dan tayangan perdana filem itu di GSC Mid Valley Megamall, baru-baru ini.

Mengulas lanjut, Remy berkata bahawa insiden tersebut berlaku di luar perancangan awal ketika mereka sedang melakonkan konflik antara adik beradik.

"Dalam babak itu, tiada aksi sedemikian dirancang. Watak saya sebagai abang hanya melarang dia daripada terlibat dengan dunia ghaib, manakala dia perlu melawan.

"Namun, emosi yang dibawa itu melebihi apa yang ditulis dalam skrip," katanya.
 

Dalam masa sama, Remy turut meminta pihak produksi untuk menasihati Ahirine agar belajar dari kesilapan lalu, sambil menitipkan pesanan kepada pelakon baharu untuk saling bekerjasama dan tidak memendam perasaan.

"Saya berbincang dengan produksi supaya dia dinasihatkan agar lebih bertenang dan mengawal emosi. Syukur, keadaan kini sudah baik.

"Dalam industri ini, kita perlu bekerja sebagai satu pasukan dan tidak menyimpan perasaan.

"Pelakon baharu juga belajar daripada yang berpengalaman, jadi reaksi negatif hanya akan memanjangkan isu," katanya.

Mikael Pemburu Dua Alam mula ditayangkan di pawagam seluruh Malaysia bermula 2 April dan dibintangi oleh Remy Ishak, Norreen Iman, Fabian Loo, Alicia Amin dan ramai lagi.

Anda mungkin berminat dengan

ATLAS G5 HD Screen Macaron Handheld Game Console Mini Arcade 500 Game Charging Portable Game Players Game Box

ATLAS G5 HD Screen Macaron Handheld Game Console Mini Arcade 500 Game Charging Portable Game Players Game Box

POH KONG 999.9 Pure Yellow Gold 1/4 Dinar

POH KONG 999.9 Pure Yellow Gold 1/4 Dinar

Corolla Soft New Shoes

Corolla Soft New Shoes

HABIB Songket Collection

HABIB Songket Collection

SHEGLAM Glowchi Bouncy Highlighter

SHEGLAM Glowchi Bouncy Highlighter

Must-Watch Video

Advertisement