Skip to main content

Hiburan

Shuib Timang Bayi Perempuan, Anggap Watie Hanifiah Sebagai Wanita Luar Biasa - “Alhamdulillah Semuanya Cukup Senang & Dipermudah”

Shuib

Sekilas

  • Pelawak Shuib mengumumkan kelahiran cahaya mata pertama mereka, seorang bayi perempuan, pada 6 April 2026 pukul 3.47 petang.
  • Shuib memuji isterinya, Watie Hanifiah, sebagai wanita luar biasa dan bersyukur proses kelahiran berjalan lancar.
  • Shuib mengucapkan terima kasih kepada semua yang mendoakan mereka dan menyambut kehadiran bayi mereka yang diberi nama AJZ.

Pelawak Shuib meluahkan rasa syukur apabila isterinya iaitu Watie Hanifiah selamat melahirkan cahaya mata pertama mereka.


 

Menerusi perkongsian Shuib memberitahu bayi perempuannya selamat dilahirkan tepat pukul 3.47 petang, Isnin.


 

“Alhamdulillah, Isnin, 6 April 2026, tepat pukul 3.47 petang lahirnya Puteri daddy dan mummy,” kongsinya menerusi Threads.


 

Menyifatkan isterinya sebagai wanita sangat luar biasa, Shuib turut bersyukur segala proses kelahiran anaknya yang digelar AJZ dipermudah selain berterima kasih atas semua doa.


 

“Terima kasih sayang @iamwatie, jadi seorang wanita yang sangat luar biasa! Alhamdulillah semuanya cukup senang dan dipermudahkan.    


 

“Perancangan Allah luar biasa, kita reda, kita tawakal dan bersyukur selalu. Terima kasih yang mendoakan kami sekeluarga. Selamat datang #ajz #pershuibofhappyness,” ujarnya lagi.



 

Anda mungkin berminat dengan

Amgras Stroller Baby Portable Mini Fan Rechargeable 9 Leds/Ultra Quiet/Flexible Tripod/55 Hours (6000mAh)

Amgras Stroller Baby Portable Mini Fan Rechargeable 9 Leds/Ultra Quiet/Flexible Tripod/55 Hours (6000mAh)

Must-Watch Video

Advertisement