Skip to main content

Berita

Tutup Mata Semasa Bersanding, Pengantin Viral Dedah Cerita Sebenar - "Ini Bukan Isu Contact Lense Kerana..."

Bakar isteri

Sekilas

  • Pengantin perempuan, Umi Kalsom, mengalami masalah mata serius sehingga terpaksa dikejarkan ke hospital pada hari majlis bersanding.
  • Keadaan mata Umi Kalsom semakin teruk dengan luka kecil pada anak mata hitam, menyebabkan dia tidak dapat membuka mata dan terpaksa skip beberapa acara.
  • Pasangan pengantin reda dengan kejadian tersebut dan menghargai sokongan moral serta doa daripada orang ramai.


Tular di media sosial mengenai sepasang pengantin yang terpaksa meneruskan majlis tanpa kehadiran mereka di majlis sanding apabila pengantin perempuan, Umi Kalsom Shafiqah Zainuddin, dikejarkan ke hospital akibat tidak dapat menahan rasa pedih pada bahagian matanya.

Menurut Umi Kalsom, dia mula menyedari bahawa masalah matanya bukan sekadar rabun biasa apabila setiap kerdipan terasa sakit, selain biji-biji kecil mula tumbuh di matanya.

"Saya sudah buka contact lens dan boleh rasa ini bukan sekadar rabun. Saya ajak kawan pergi Watsons untuk beli ubat titis mata. Menjelang pukul 6 petang, nampak ada biji kecil, dan bila kelip mata rasa menyengat,"katanya.

Suaminya, Muhammad Aliff Aiman Muhammad Rizwan, berkata insiden itu berlaku pada hari akad nikah mereka, sehari sebelum majlis bersanding.

"Pada asalnya, hari pernikahan kami pagi itu semuanya okay, dan dia sempat make-up. Tetapi menjelang petang, matanya mula kabur,"ujarnya.

Aliff menegaskan bahawa kejadian tersebut tidak ada kaitan dengan penggunaan contact lens, memandangkan isterinya sudah terbiasa memakainya, selain lens yang digunakan adalah berkualiti tinggi.

"Ini bukan isu contact lens kerana dia sudah biasa memakainya dan lens yang digunakan berkualiti dan bukan murah," jelasnya.

Aliff bagaimanapun berkata bahawa keadaan mata isterinya semakin bertambah serius keesokan harinya ketika sesi makan beradab (hari bersanding).

Mata isterinya terlalu sakit ketika makan beradab sehingga menitis air mata menahan kesakitan, menyebabkan mereka terpaksa bergegas ke hospital dan meninggalkan tetamu di situ

"Kami terus ke klinik. Doktor bagi ubat, suruh tidur dan rehat. Tetapi keesokan paginya, dia tidak boleh membuka mata dan kelopak terasa pedih. Solekan ringan sahaja ketika itu. Semasa berarak masuk, ramai pelik kerana saya terpaksa membimbing dia. Mata tak boleh dibuka langsung. Banyak acara terpaksa skip. Namun ketika makan beradab, mata dia sangat pedih sampai menangis. Sakit yang tak boleh diggambarkan

"Akhirnya, majlis tidak dapat diteruskan dan kami bawa dia ke hospital. Nurse letak ubat mata, dan dia rasa kebas. Selepas itu, mata boleh dibuka. Doktor periksa dan nampak ada luka kecil dekat anak mata hitam. Setiap jam dia perlu buka mata dan titis ubat mata," katanya lagi.

Namun, pasangan tersebut akui reda dengan kejadian itu dan bersyukur kerana ramai yang mendoakan serta memberikan sokongan moral.

Anda mungkin berminat dengan

POH KONG 999.9 Pure Yellow Gold 1/4 Dinar

POH KONG 999.9 Pure Yellow Gold 1/4 Dinar

Corolla Soft New Shoes

Corolla Soft New Shoes

GOOJODOQ 2 in 1 Handheld Camera Fan

GOOJODOQ 2 in 1 Handheld Camera Fan

ATLAS G5 HD Screen Macaron Handheld Game Console Mini Arcade 500 Game Charging Portable Game Players Game Box

ATLAS G5 HD Screen Macaron Handheld Game Console Mini Arcade 500 Game Charging Portable Game Players Game Box

HABIB Songket Collection

HABIB Songket Collection

Must-Watch Video

Advertisement