Skip to main content

Berita

Netizen Persoal Tak Belajar Dialek Kelantan Dengan Amira Khan Ke?, Jefri Nichol Jawab - "Dah Lupa & Tak Penting..."

Astrogempak

Sekilas

  • Pelakon Indonesia Jefri Nichol semakin aktif membalas hantaran mengenai dialek Kelantan di media sosial dan meminta bantuan untuk memahami komen dalam dialek tersebut.
  • Jefri menjelaskan dia sudah lupa dialek Kelantan kerana ia tidak lagi penting selepas berpisah dengan bekas kekasihnya, Ameera Khan.
  • Dia juga menyatakan tidak kisah jika hubungannya menjadi bahan jenaka di media sosial asalkan keluarganya tidak disentuh.

Pelakon Indonesia, Jefri Nichol mencuri perhatian ramai selepas dia dilihat semakin aktif membalas hantaran mengenai dialek Kelantan di media sosial.

Menerusi perkongsian di Threads, Jefri memohon bantuan orang ramai untuk menerjemahkan komen yang diterimanya dalam dialek tersebut.

Bagaimanapun, ada seorang individu yang mempersoalkan tentang mengapa pelakon berusia 27 tahun itu tidak mempelajarinya ketika masih bersama dengan bekas kekasih, Ameera Khan atau lebih dikenali sebagai Little Miss Khan (LMK).

Jefri kemudian membalas komen tersebut dengan menyatakan bahawa dia tidak lagi mengingati dialek berkenaan memandangkan ia tidak lagi penting buat dirinya.

"Dah lupa dan tak penting. Im employed," tulisnya ringkas.

Dalam masa sama, aktor filem Dear Nathan itu turut berkata bahawa dia tidak terasa apabila hubungannya bersama Ameera menjadi bahan jenaka di media sosial asalkan ia tidak melibatkan hal keluarganya.

"Terima kasih penjelasannya kak. Tidak mengapa nak bergurau tentang saya tapi jangan tentang mama atau ibu saya,"ujarnya.

Anda mungkin berminat dengan

HABIB Songket Collection

HABIB Songket Collection

POH KONG 999.9 Pure Yellow Gold 1/4 Dinar

POH KONG 999.9 Pure Yellow Gold 1/4 Dinar

Corolla Soft New Shoes

Corolla Soft New Shoes

ATLAS G5 HD Screen Macaron Handheld Game Console Mini Arcade 500 Game Charging Portable Game Players Game Box

ATLAS G5 HD Screen Macaron Handheld Game Console Mini Arcade 500 Game Charging Portable Game Players Game Box

GOOJODOQ 2 in 1 Handheld Camera Fan

GOOJODOQ 2 in 1 Handheld Camera Fan

Must-Watch Video

Advertisement