Skip to main content

Hiburan

Poskad Cinta Dari Istanbul Mula Bersiaran, Sambung Fenomena Pasangan Fattah Amin-Amira Othman

Astro Gempak 424

Sekilas

  • UTV lancarkan Filem TV terbaru, Poskad Cinta Dari Istanbul, kesinambungan daripada kejayaan Poskad Cinta Dari Auckland yang popular dengan pasangan Fattah Amin dan Amira Othman.
  • Filem ini menampilkan Fattah dan Amira sebagai pasangan suami isteri yang diuji dengan kisah emosi dan konflik apabila menerima poskad misteri dari Istanbul.
  • Poskad Cinta Dari Istanbul mula ditayangkan pada 29 April 2026, pukul 9 malam di platform UTV dengan durasi hampir dua jam, dan ada kemungkinan siri ini akan diteruskan ke lokasi baru.

Platform penstriman tempatan, UTV terus mengukuhkan kedudukannya dalam industri hiburan digital menerusi tayangan Filem TV (FTV) terbaharu berjudul Poskad Cinta Dari Istanbul sudah mula bersiaran.

Naskhah tersebut merupakan kesinambungan kepada kejayaan Poskad Cinta Dari Auckland yang sebelum ini mencetuskan fenomena dalam kalangan penonton, khususnya peminat pasangan Fattah Amin dan Amira Othman.

Presiden UTV merangkap Ketua Pegawai Eksekutif Usanita Group, Adzliana Hasan berkata, sambutan luar biasa terhadap karya terdahulu menjadi pemangkin utama penerbitan sekuel berkenaan.
 

efdg


“Jumlah tontonan yang tinggi bagi Poskad Cinta Dari Auckland memberi impak besar, apatah lagi ketika itu penonton belum pernah melihat Fattah dan Amira bergandingan.

“Tambahan pula ia ditayangkan seminggu sebelum hari pernikahan mereka, membuatkan peminat sangat teruja dan menyokong karya tersebut,” katanya.

Menurutnya, kesinambungan Poskad Cinta Dari Istanbul tampil dengan dimensi berbeza apabila pasangan tersebut kini digambarkan sebagai suami isteri di layar.

“Kali ini penonton dapat melihat mereka sebagai pasangan suami isteri, sesuatu yang dinantikan ramai,” ujarnya.

Tambah beliau, sokongan peminat bukan sahaja membantu kejayaan karya tersebut, malah mengukuhkan lagi jenama UTV sebagai platform pilihan.

“Apa yang kami hasilkan bukan hanya untuk kami, tetapi juga untuk peminat yang sangat ‘supportive’.

“Kami amat menghargai sokongan ini dan secara tidak langsung mereka kini menjadi peminat setia UTV,” katanya.

Dalam perkembangan sama, Adzliana tidak menolak kemungkinan siri tersebut akan diteruskan ke lokasi baharu.

“Memang sudah ada perbincangan awal untuk karya seterusnya, namun ia bergantung kepada jalan cerita.

“Jika semuanya berjalan lancar, mungkin kita dapat lihat kesinambungan ini sebelum hujung tahun dengan latar negara berbeza,” katanya.

Poskad Cinta Dari Istanbul mengisahkan kehidupan pasangan baharu, Mira dan Din yang diuji apabila menerima sekeping poskad misteri dari Istanbul bertanda huruf “E”.

Perjalanan ke kota tersebut menemukan Mira dengan Effa, iaitu cinta pertama Din yang sedang berdepan ujian hidup sekali gus membuka kembali kisah silam dan menguji kepercayaan pasangan itu.

Fattah Amin yang membawakan watak Din menyifatkan naskhah kali ini lebih mencabar dari segi emosi.

“Watak Din lebih kompleks kerana perlu berdepan masa lalu dan dalam masa sama menjaga perkahwinannya.

“Ia memberi dimensi baharu dalam lakonan saya,” katanya.

Sementara itu, Amira Othman yang memegang watak Mira berkata kekuatan cerita terletak pada kejujuran emosi.

“Mira bukan sekadar isteri, tetapi seorang wanita yang berdepan dilema antara kepercayaan dan kebenaran.

“Penonton akan dapat rasa konflik itu dengan sangat dekat,” katanya.

Selain Fattah dan Amira, naskhah tersebut turut dibintangi Nora Danish, Sherry Alhadad, Bell Ngasri dan Ajai.

Untuk rekod, Poskad Cinta Dari Istanbul mula ditayangkan pada 29 April 2026, pukul 9 malam di platform UTV dengan durasi selama satu jam 52 minit.

Anda mungkin berminat dengan

TIMEPHORIA Spark 2 in 1 Face Contour Highlighter Cream To Powder Silky Texture Longlasting Waterproof

TIMEPHORIA Spark 2 in 1 Face Contour Highlighter Cream To Powder Silky Texture Longlasting Waterproof

Lovito Casual Top Spring/Summer New Chinese Style Cheongsam Qipao Asymmetrical Bow Khaki Top for Women L166AD394 Lovito Baju Kasual Musim Bunga/panas Baharu Cheongsam Qipao Gaya Cina Berbentuk Reben Asimetri Khaki Atasan Untuk Wanita L166AD394

Lovito Casual Top Spring/Summer New Chinese Style Cheongsam Qipao Asymmetrical Bow Khaki Top for Women L166AD394 Lovito Baju Kasual Musim Bunga/panas Baharu Cheongsam Qipao Gaya Cina Berbentuk Reben Asimetri Khaki Atasan Untuk Wanita L166AD394

(Refine by Lovito) Casual Top Daily Office Holiday Travel Lace Texture Button New Style Spring/summer White Top for Women LR29A052 (Refine by Lovito) Casual Top Lace Texture Button New Style Spring/summer White Top untuk Wanita LR29A052

(Refine by Lovito) Casual Top Daily Office Holiday Travel Lace Texture Button New Style Spring/summer White Top for Women LR29A052 (Refine by Lovito) Casual Top Lace Texture Button New Style Spring/summer White Top untuk Wanita LR29A052

Eucerin Spotless Brightening Booster Serum 30ml | Thiamidol Serum | Anti Dark Spots | Hyperpigmentation Skin

Eucerin Spotless Brightening Booster Serum 30ml | Thiamidol Serum | Anti Dark Spots | Hyperpigmentation Skin

Bayu Somerset Calanthe Kurung Pink

Bayu Somerset Calanthe Kurung Pink

Uniqlo Sweat Straight Pants

Uniqlo Sweat Straight Pants

Must-Watch Video

Advertisement