Skip to main content

Hiburan

“Masih Belum Ada Jawapan Sahih” - Shahida Kongsi Punca Sakit Qadejah Selepas Dikejarkan Ke Hospital

Astro Gempak 425

Sekilas

  • Datin Seri Shahida masih belum mendapat diagnosis tepat mengenai penyakit anak keduanya, Qadejah El Zahra, selepas dimasukkan ke hospital.
  • Doktor mengesyaki beberapa kemungkinan termasuk infeksi biasa, autoimun, leukemia, dan talasemia, namun keputusan awal menolak leukemia.
  • Qadejah kini sudah dibenarkan pulang dan sedang berehat di rumah sementara menunggu keputusan lanjut.

Usahawan dan penyanyi, Datin Seri Shahida mendedahkan sehingga kini masih belum ada diagnosis tepat mengenai penyakit yang dialami anak keduanya, Qadejah El Zahra selepas dimasukkan ke hospital tempoh hari.

Menurut Shahida, beberapa kemungkinan telah dikemukakan doktor namun masih memerlukan pemerhatian lanjut sebelum keputusan sebenar diperoleh.

“Sampai sekarang, kita tak ada satu lagi jawapan yang sahih apakah penyakit dia.

“Sebab ada beberapa kemungkinan yang doktor cakap. Paling rendah adalah infeksi biasa, kedua mungkin autoimun, berkemungkinan juga leukemia dan talasemia,” katanya menerusi siaran langsung di TikTok.

Bagaimanapun, Shahida mengakui sedikit lega apabila keputusan awal menunjukkan anaknya bukan menghidap leukemia.

“Bila ‘double check’, platelet dia sangat rendah tapi darah putih masih okey.

“Doktor kata itu bukan leukemia. Jadi part itu yang buat saya cukup lega,” ujarnya.

Dalam masa sama, Shahida turut berkongsi keadaan dirinya yang terlalu risau sehingga memikirkan pelbagai kemungkinan buruk.

“Saya ini jenis ‘overthinking’. Saya dah fikir jauh, kalau betul anak saya sakit macam itu, saya sanggup dermakan tulang sumsum saya.

“Sampai macam itu sekali saya fikir, memang tak tenang,” katanya.

Tambahnya, buat masa ini doktor menyenaraikan beberapa kemungkinan termasuk jangkitan, autoimun atau anemia sementara menunggu keputusan lanjut.

“Doktor kata antara tiga, infeksi, autoimun atau mungkin anemia.

“Darah dia juga sangat sensitif, antara 0.01 yang jarang berlaku. Sampai kena tengok bawah mikroskop untuk dapat bacaan tepat.

“Disebabkan itu ambil masa lama untuk dapat keputusan.

“Sekarang Qadejah dah balik rumah semalam, dia sedang berehat,” katanya.

Sebelum ini, Qadejah El Zahra dimasukkan ke hospital selepas mengadu sakit dada dan mengalami kesukaran bernafas.

 

Sumber: TikTok

Anda mungkin berminat dengan

Interactive octopus plush dog toy with snack dispenser

Interactive octopus plush dog toy with snack dispenser

Ceramic Plate

Ceramic Plate

ZANZEA Women's Retro Casual Plaid Set - V-neck, Lantern Sleeves, Elastic Waist

ZANZEA Women's Retro Casual Plaid Set - V-neck, Lantern Sleeves, Elastic Waist

HABIB 999 24K Yellow Gold Pendant (Butterfly) 9GP008

HABIB 999 24K Yellow Gold Pendant (Butterfly) 9GP008

Abraca Dabra Super Soft Earth Tone Colour Series Microfibre Pillowcase (20" X 30"/1 Pc)

Abraca Dabra Super Soft Earth Tone Colour Series Microfibre Pillowcase (20" X 30"/1 Pc)

Must-Watch Video

Advertisement