Skip to main content

Indonesia

Pertama Kali Berlakon, Anggun Tak Faham Baca Naskhah: “Tak Tanya, Takut Diketawa”

Astro Gempak anggun

Sekilas

  • Anggun C. Sasmi buat pertama kali berlakon dalam filem Para Perasuk arahan Wregas Bhanuteja dan terbuka untuk terima tawaran lakonan lain dengan syarat tertentu.
  • Dia mengaku tidak faham jalan cerita ketika pertama kali baca naskhah dan malu untuk bertanya kerana takut diketawakan.
  • Anggun anggap pengalaman berlakon ini sebagai peluang belajar dan menegaskan pentingnya tidak takut untuk rasa bodoh ketika memulakan sesuatu yang baru.

Penyanyi terkenal, Anggun C. Sasmi melebarkan sayapnya sebagai pelakon buat pertama kali selepas terlibat dengan filem arahan Wregas Bhanuteja berjudul Para Perasuk.

Usai membintangi filem tersebut, Anggun yang juga dikenali sebagai juri Asia's Got Talent memberitahu terbuka untuk menerima tawaran lakonan lagi pada masa akan datang.

Namun Anggun, 51, menetapkan syarat untuk dirinya terlibat dalam dunia lakonan.

Tergantung naskhah, tergantung watak dan tergantung siapa pengarahnya,” ujar Anggun seperti dilaporkan Kompas.

Selain itu, Anggun memberitahu akan terlibat dengan sesebuah projek filem mengikut jadual kariernya.

“Saya juga sudah tidak fikir tentang ‘adakah filem ini sesuai dengan saya’, tapi lebih mencari pengalaman,” katanya lagi.

Sementara itu bercakap mengenai pengalaman berlakon dalam Para Perasuk, Anggun mendedahkan tidak faham mengenai jalan cerita itu saat pertama kali membaca naskhahnya.

“Jujur, pertama kali membaca naskhahnya, saya tidak faham. Cerita ini macam mana?

“Tapi saya juga malu bertanya. Takut nanti diketawakan,” akuinya.

Bagaimanapun kata Anggun sebagai pendatang baharu, dia tidak boleh menjadi bodoh sombong dan perlu membuka dirinya untuk belajar terutama sebagai pelakon.

Tidak hanya menghafal skrip, dia mengaku perlu memahami dan mengambil penglibatannya dalam filem tersebut sebagai pengalaman berharga.

“Hal ini membuat saya belajar sesuatu yang baharu lagi. Jangan takut untuk berasa bodoh dalam memulai sesuatu yang baru atau belajar sesuatu yang baru," katanya.

Anda mungkin berminat dengan

Canmake Marshmallow Finish Powder ~Abloom~

Canmake Marshmallow Finish Powder ~Abloom~

Luxurious Extra Hold Hair Spray 100ml 420ml (For West Malaysia Only) Travel Mini Hair Spray

Luxurious Extra Hold Hair Spray 100ml 420ml (For West Malaysia Only) Travel Mini Hair Spray

Eucerin Hyaluron Radiance-Lift Filler 3D Serum 30ml

Eucerin Hyaluron Radiance-Lift Filler 3D Serum 30ml

Maybelline Fit Me Concealer - Oil Free, Natural Coverage, Lightweight Formula with Natural-Looking Coverage for Flawless

Maybelline Fit Me Concealer - Oil Free, Natural Coverage, Lightweight Formula with Natural-Looking Coverage for Flawless

SHEGLAM Pore Face Primer Poreless Oil-Control

SHEGLAM Pore Face Primer Poreless Oil-Control

Maybelline Super Stay Vinyl Ink Transfer Proof Shine Longwear Lipstick - 16H Longwear Longlasting, Glossy, Instant Shine

Maybelline Super Stay Vinyl Ink Transfer Proof Shine Longwear Lipstick - 16H Longwear Longlasting, Glossy, Instant Shine

Must-Watch Video

Advertisement