Skip to main content

Selebriti

Tular Beri Duit Raya Kepada Peminat, MK K-Clique Gemar Kongsi Rezeki - "Kalau Tak Cukup, Saya Beri Melalui QR"

WhatsApp Image 2026 04 15 at 2.53.58 PM

Sekilas

  • MK K-Clique tular selepas mengagihkan duit raya kepada orang ramai sebagai tanda berkongsi rezeki setiap musim perayaan.
  • Dia memastikan pemberian duit raya dilakukan secara adil mengikut kemampuan dan memberi kepuasan melihat kegembiraan penerima terutama kanak-kanak.
  • MK kini membintangi filem aksi Black Ops arahan Syafiq Yusof dan pengarah Hong Kong, yang akan ditayangkan hujung tahun ini.

Tindakan penyanyi MK K-Clique mengagihkan duit raya kepada orang ramai menjadi perhatian  selepas videonya tular di media sosial.

Menurut MK, dia memang gemar berkongsi rezeki dengan peminatnya setiap kali musim perayaan tiba.

“Setiap kali musim perayaan, saya memang akan keluarkan sedikit duit untuk berkongsi rezeki. Kebetulan ketika itu saya baru pulang dari Sabah dan Pahang, jadi masih ada baki lagi.

“Peminat pun sudah tahu, setiap kali ada acara sepanjang musim raya, kalau ada kelapangan atau rezeki lebih, saya memang akan berkongsi,” katanya kepada Gempak.

MK berkata demikian ketika ditemui di set penggambaran filem Black Ops di Jalan Kuchai Lama, semalam.

Tambahnya, perkongsian itu memberi kepuasan buat dirinya apabila melihat kegembiraan orang ramai, khususnya kanak-kanak yang menerima duit raya daripadanya.

“Kadang-kadang di kampung isteri saya, saya juga akan singgah dan berkongsi kerana seronok melihat keterujaan kanak-kanak. Namun, tidaklah setiap masa, semuanya bergantung kepada keadaan dan kemampuan saya.

“Alhamdulillah, pada hari itu semuanya mencukupi. Jika tidak mencukupi, saya biasanya akan minta maaf dan salurkan melalui kod QR,” katanya.

Dalam pada itu, MK turut memastikan bahawa nilai yang diberikan kepada orang ramai sama rata mengikut kemampuannya.

“Jika kehadiran ramai, saya akan beri dalam jumlah yang lebih sederhana supaya semua dapat merasa. Saya juga sudah memaklumkan nilai dalam sampul tersebut.

“Apa yang penting, saya ikhlas berkongsi kerana masih dalam suasana raya dan mereka juga hadir memberi sokongan kepada acara itu,” katanya.

Dalam perkembangan lain, MK membintangi filem aksi Black OPS yang juga naskhah rentas negara arahan Syafiq Yusof dan pengarah Hong Kong, Chui Tze.

Selain MK, pelakon lain yang turut membintangi filem berkenaan ialah Datuk Aaron Aziz, Sharnaaz Ahmad, Andy Teh, Fauzi Nawawi, Elizabeth Tan, Anding Indrawani, Hisyam Hamid, Raja Afiq, Mathni Razak, Ahirine Ahirudin dan ramai lagi.

Black Ops yang mengisahkan pasukan rahsia elit kerajaan yang ditubuhkan untuk menumpaskan kartel dadah antarabangs di Malaysia bakal ditayangkan hujung tahun ini.


 

Anda mungkin berminat dengan

Grace and Glow Daisy Hair Vitamin Mist - Hair Perfume Serum Volumizing Spray Anti Rambut Kusut with Keratin

Grace and Glow Daisy Hair Vitamin Mist - Hair Perfume Serum Volumizing Spray Anti Rambut Kusut with Keratin

DESSINI ITALY SPP-12-S 12 PCS Casserole Induction Die Cast Aluminium Non Stick Pot Bowl Deep Fry Pan Cookware PERIUK

DESSINI ITALY SPP-12-S 12 PCS Casserole Induction Die Cast Aluminium Non Stick Pot Bowl Deep Fry Pan Cookware PERIUK

Jifang Hot Sale Retro Vintage Tie-dye Colorful Painting Cotton Polyester Shawl Long Pashmina Shawl Head Scarf Shawls Muslim Hijabs Tudung FX01

Jifang Hot Sale Retro Vintage Tie-dye Colorful Painting Cotton Polyester Shawl Long Pashmina Shawl Head Scarf Shawls Muslim Hijabs Tudung FX01

XJ Mini Magnetic GPS Tracker

XJ Mini Magnetic GPS Tracker

Corolla Soft Pu Lightweight Women Shoes

Corolla Soft Pu Lightweight Women Shoes

Must-Watch Video

Advertisement