Skip to main content

Hiburan

Fattah Amin Syukur Imej Sopan Isteri Jadi Contoh, Amira Othman Pula Akui Takut Dipuji - “Saya Tak Mahu Cakap Lebih…”

Astro Gempak 386

Sekilas

  • Pelakon Fattah Amin bersyukur imej sopan isterinya, Amira Othman, menjadi inspirasi kepada orang ramai.
  • Amira menjelaskan pemilihan pakaian sopan adalah untuk dirinya sendiri dan bukan hanya untuk menjaga nama suami.
  • Amira berharap orang ramai mendoakan yang baik dan tidak mahu terlalu selesa dengan pujian yang diterima.

Pelakon Fattah Amin meluahkan rasa syukur apabila imej sopan yang ditampilkan isterinya, penyanyi Amira Othman, menjadi inspirasi kepada orang ramai.

Menurut Fattah, sebagai figura awam, mereka perlu menunjukkan contoh yang baik kepada peminat dan masyarakat.

“Alhamdulillah, saya ada nampak juga komen tersebut. Bagi saya, itulah kelebihannya apabila kita sebagai selebriti menjadi contoh teladan yang baik.

“Apabila orang ambil inspirasi daripada kita, sudah tentu kita rasa bersyukur,” katanya.

Sementara itu, Amira pula menjelaskan pemilihan pakaian sopan bukan sekadar menjaga nama suami, tetapi juga untuk dirinya sendiri.

“Sejujurnya apa yang saya pakai bukan sahaja untuk menjaga nama suami, tetapi juga untuk diri saya sendiri.

“Sejak zaman anak dara lagi, pakaian saya memang dipantau oleh emak. Jadi saya cuma jadi diri sendiri,” ujarnya.

Tambahnya, dia bersyukur apabila penampilannya memberi inspirasi kepada orang luar, namun tidak mahu terlalu selesa dengan pujian yang diterima.

“Bila orang hargai benda ini, saya rasa sangat bersyukur dan itu satu rahmat.

“Tapi saya tak mahu cakap lebih-lebih. Mungkin hari ini orang suka, esok lusa kalau saya tersilap langkah, saya takut ia jadi sesuatu yang orang tidak suka pula,” katanya.

Amira turut berharap orang ramai sentiasa mendoakan yang baik selain percaya setiap individu mempunyai ujian tersendiri dalam usaha menjadi insan lebih baik.

“Saya tak mahu anggap pujian ini sesuatu yang perlu dibanggakan sangat kerana saya takut. Saya tak tahu apa akan jadi pada masa depan,” jelasnya.

Anda mungkin berminat dengan

INNISFREE Dewy Tint Lip Balm (3.2g)

INNISFREE Dewy Tint Lip Balm (3.2g)

Dr Cardin Women Lush Heels 1.5 inch L RPJ 9222

Dr Cardin Women Lush Heels 1.5 inch L RPJ 9222

SHEGLAM Buttery Bliss Face Blush Stick

SHEGLAM Buttery Bliss Face Blush Stick

Maybelline Super Stay Vinyl Ink Transfer Proof Shine Longwear Lipstick - 16H Longwear Longlasting, Glossy, Instant Shine

Maybelline Super Stay Vinyl Ink Transfer Proof Shine Longwear Lipstick - 16H Longwear Longlasting, Glossy, Instant Shine

PERFUME PARADISE EXCLUSIVE HQ SPECIAL EDITION FOR HER FOR HIM 30ML ORIGINAL HQ

PERFUME PARADISE EXCLUSIVE HQ SPECIAL EDITION FOR HER FOR HIM 30ML ORIGINAL HQ

LAVEN Gradient Rayon Cotton Scarf Wide Soft Brimmed Double Stitch Modal Cotton Scarf Muslim Women Shawl

LAVEN Gradient Rayon Cotton Scarf Wide Soft Brimmed Double Stitch Modal Cotton Scarf Muslim Women Shawl

Must-Watch Video

Advertisement