Skip to main content

Hiburan

Pernah Cecah 98 Kilogram, Nazrief Nazri Konsisten Jaga Badan Untuk Dapat Watak Utama - “Saya Berjaya Turun Sebanyak…”

Nazrief Nazri

Sekilas

  • Nazrief Nazri mengakui berat badannya naik sehingga 98kg ketika berehat dari dunia lakonan, menyukarkan dia mendapat watak utama.
  • Untuk drama Setiaku Berdiri, Nazrief perlu turunkan berat badan dari 85kg ke 74kg sebelum diberi tawaran watak hero.
  • Beliau menerima realiti industri hiburan yang menuntut bakat dan paras rupa seiring supaya sentiasa relevan di mata penonton.

Pelakon, Nazrief Nazri akui berat badannya bertambah sewaktu berehat seketika daripada dunia lakonan sehingga sukar untuk mendapatkan watak utama.

Menurut Nazrief, sepanjang berehat untuk memberikan tumpuan kepada pembesaran cahaya mata, beratnya mencecah sehingga 98 kilogram (kg).

“Masa saya berhenti sekejap tu, tergemuk pula. Saya pernah sampai 98kg paling berat.

“Bila badan dah macam tu, TV stesen nak offer watak hero pun berat. Sebab dah tak nampak look Hero, dah nampak bapak-bapak sangat,” katanya kepada Gempak.

Nazrief berkata demikian ketika ditemui di tayangan perdana dan sidang media drama Setiaku Berdiri bertempat di Damansara, baru-baru ini.

Bercerita lanjut, Nazrief memaklumkan dia kemudiannya mendapat tawaran sebagai watak utama bagi drama Setiaku Berdiri namun pihak produksi memintanya untuk mendapatkan berat badan yang ideal.

“Nak dapat watak hero tu susah lah. Jadi sebelum diorang offer karakter ni pun diorang dah cakap, ‘Naz, kita bagi you Hero tapi you kena turunkan berat badan.

“Sepanjang tiga bulan, setiap hari saya bawa bekal sendiri. Jadi sekarang ini berat saya 74kg. Daripada 85kg kepada 74kg. Cut sugar tu memang first thing lah,’ kongsinya.

Ketika ditanya mengenai pendekatan itu, pemilik nama Mohamad Nazrief Mohamad Nazri ini memaklumkan dia bersikap terbuka dan beranggapan itulah realiti sebenar industri hiburan yang mementingkan paras rupa.

Ujarnya, bakat dan paras rupa perlulah seiring agar sentiasa relevan di mata penonton.

“Dia memang lah bunyinya macam kejam lah sikit kan, tapi kita kena terima hakikat yang manusia memang suka tengok benda cantik.

“Memang sebagai pelakon itulah harga yang perlu dibayar. Awak nak famous, awak  nak banyak offer, memang awak kena selali presentable dalam kamera.

“Kalau tak ada rupa, bakat pun boleh, cuma perjalanan dia tu akan sangat berliku lah. Tapi kalau dua-dua ada, rupa dan bakat, for me lagi senang pergi. So for me dia kena seiring,” kogsiny.a

Dalam perkembangan lain, Nazrief bakal muncul dalam drama terbaharu arahan Rashid Sibir berjudul Setiaku Berdiri.

Selain Nazrief, drama yang bakal mula bersiaran pada 15 Disember itu turut menampilkan barisan pelakon hebat seperti Wanna Ali, Sweet Qismina dan Aidit Noh.

Must-Watch Video

Advertisement