Skip to main content

Hiburan

Norreen Iman Luah Impian Berlakon Bersama, Beto Kusyairy Respon - “Kepada Produser, Penulis & Pengarah, Sila Gandingkan Kami”

Beto Kusyairy

Sekilas

  • Norreen Iman menyuarakan hasrat untuk bergandingan dengan Beto Kusyairy menerusi ciapan di aplikasi Threads.
  • Beto Kusyairy membalas dengan meminta produser, penulis dan pengarah menggandingkan mereka berdua dalam projek akan datang.
  • Beto turut mencadangkan jalan cerita menarik tentang dua pelakon yang bertukar jasad sewaktu penggambaran, lengkap dengan babak melempang dan tarian cha cha.

Impian pelakon, Norreen Iman yang menyuarakan hasrat untuk bergandingan dengan pelakon, Beto Kusyairy dilihat cerah apabila aktor itu sendiri memberikan respon terhadap hantaran yang dibuatnya sebelum ini.

Menerusi Threads, Beto meminta mana-mana pihak produksi untuk menggandingkannya dengan Norreen.

“Kepada produser, penulis dan pengarah. Tolong gandingkan kami (bersama Norreen),” ciapnya.

Lebih menghiburkan, pemilik nama NurKusyairy Zakuan Osman ini turut mengusulkan jalan cerita menarik jika mereka digandingkan bersama.

“Kisah dua orang pelakon yang ‘tertukar’ jasad sewaktu di set penggambaran.

“Babak melempang kena ada. Jadinya, Beto (Norreen) melempang Norreen (Beto) sewaktu mereka menari cha cha,” selorohnya.

Terdahulu, Norreen yang memulakan karier sebagai seorang pempengaruh media sosial
meluahkan hasrat untuk bergandingan dengan Beto menerusi ciapan yang dibuat di aplikasi Threads.

Hantaran dibuat Norreen itu menyorot perhatian warganet yang rata-ratanya memberikan reaksi positif sambil mendoakan impian pemilik nama Norreen Iman Abdullah itu tercapai.

Sumber: Threads

Anda mungkin berminat dengan

POH KONG 999.9 Pure Yellow Gold 1/4 Dinar

POH KONG 999.9 Pure Yellow Gold 1/4 Dinar

HABIB Songket Collection

HABIB Songket Collection

ATLAS G5 HD Screen Macaron Handheld Game Console Mini Arcade 500 Game Charging Portable Game Players Game Box

ATLAS G5 HD Screen Macaron Handheld Game Console Mini Arcade 500 Game Charging Portable Game Players Game Box

Corolla Soft New Shoes

Corolla Soft New Shoes

SHEGLAM Glowchi Bouncy Highlighter

SHEGLAM Glowchi Bouncy Highlighter

Must-Watch Video

Advertisement