Skip to main content

Hiburan

Perkongsian Tentang Solat Sunat Subuh Jadi Salah Faham, Ini Penjelasan Abby Abadi - “Tak Niat Nak…”

Abby Abadi

Sekilas

  • Abby Abadi berkongsi tentang ganjaran solat sunat subuh di platform Threads yang mendapat pelbagai reaksi netizen.
  • Sesetengah netizen kurang senang kerana perkongsian itu dianggap tidak sesuai dan melibatkan situasi wanita yang tidak menunaikan solat.
  • Abby menjelaskan niatnya hanya untuk memberi peringatan tentang ganjaran solat sunat subuh tanpa menghakimi sesiapa.

Perkongsian pelakon dan penyanyi Abby Abadi mengenai ganjaran solat sulat subuh menerusi platform Threads mengundang pelbagai reaksi netizen. 

 

Ada yang menerima secara positif namun terdapat segelintir netizen yang berasa kurang senang dengan perkongsian tersebut yang dianggap tidak bersesuaian. 

 

Netizen berpendapat Abby tidak sepatutnya berkongsi mengenai situasi beberapa wanita tidak menunaika solat sunat subuh ketika berhenti di sebuah perhentian rehat.

 

Bagaimanapun Abby tampil menjelaskan dia hanya ingin memberi peringatan mengenai ganjaran yang diterima sekiranya menunaikan solat sunat subuh. 

 

“Semalam terbaca post seorang lelaki ingatkan orang lelaki jangan pakai seluar pendek atas lutut, ramai gila yang marah balik kata jangan jugde padahal.

 

“Hari ini saya kongsi fasal solat sunat sebelum subuh, Alhamdullillah ada yang cakap terima kasih ingatkan. Tapi ramai yang komen macam nak marah-marah. Kenapa?

 

“Saya tulis ingatkan saja, tak ada niat nak jugde siapa-siapa pun. Tak kenal. Tak sempat pandang muka pun, Tak suka abaikan saja.

 

“Saya tulis sebab nak ingatkan ganjarannya lebih baik dari seisi dunia. Kan ada hadis. Abaikan kalau tak suka. Maaf,” jelasnya.  

 

Abby turut membalas salah satu komen netizen yang mengatakan dia sepatutnya berkongsi mengenai ganjaran itu sahaja tanpa melibatkan orang lain. 

 

“Ala tak sebut siapa, tak ada gambar pun… cerita fasal situasi tu saja. Nak beritahu orang selalu rasa tak sempat, untuk Allah usahalah bagi sempat.

 

“Fahamkan macam tu tak boleh ke? Apasal negatif sangat?” katanya lagi. 

Must-Watch Video

Advertisement