Skip to main content

Hiburan

Perkongsian Di Threads Tiada Kaitan Dengan Sesiapa, Sherry Ibrahim Titipkan Doa Untuk Netizen Komen Tak Baik - “Tak Perlu Buruk Sangka”

ASTROGEMPAK Sherry Ibrahim

Sekilas

  • Sherry Ibrahim menjelaskan bahawa perkongsiannya di Threads tidak berkaitan dengan mana-mana pihak seperti yang disangka netizen.
  • Pelakon itu menegaskan dia tidak pernah mendoakan perkara buruk untuk sesiapa dan menasihatkan netizen agar tidak bersangka buruk.
  • Sherry mendoakan ketenangan kepada mereka yang meninggalkan komen negatif dan menegaskan dia gembira dengan kehidupannya sekarang.

Perkongsian pelakon Sherry Ibrahim di Threads yang mengatakan dia tidak akan menjadikan kehidupan peribadinya sebagai bahan di media sosial mengundang salah faham dalam kalangan netizen. 

 

Sherry menegaskan perkongsianya itu tidak mempunyai kaitan dengan mana-mana pihak seperti yang didakwa segelintir netizen. 

 

“Sherry tak pernah nak doakan yang tak baik untuk sesiapa. Tak bermakna apa yang saya tulis ada kaitan dengan sesiapa yang korang fikir? 

 

“Kenapa nak fikir macam itu? Ia bukan tentang orang yang anda fikirkan. Tak perlu buruk sangka,” tegasnya. 

 

Bagaimanapun, Sherry menerusi perkongsian lain hanya mendoakan agar Allah memberi ketenangan kepada netizen yang meninggalkan komen tidak baik terhadap dirinya. 

 

“Saya dah faham. Semua yang komen-komen benda tak baik atau bersangka baik dan fitnah ni dari mana. Tapi tak apa semoga di bulan Ramadan ini ALLAH swt bagi ketenangan pada sebahagian daripada anda. 

 

“InsyaAllah saya tak akan membawa kata-kata yang tidak pernah dimaksudkan untuk mendefinisikan diri saya. Alhamdulillah saya gembira di tempat saya sekarang. 

 

“Apa yang anda katakan tentang saya mencerminkan siapa diri anda. Apa yang saya pilih untuk menjadi mencerminkan iman saya. Semoga ALLAH SWT membimbing setiap hati. Amin YRA,” ujarnya. 

Sumber - Threads

Anda mungkin berminat dengan

XJ Mini Magnetic GPS Tracker

XJ Mini Magnetic GPS Tracker

Grace and Glow Daisy Hair Vitamin Mist - Hair Perfume Serum Volumizing Spray Anti Rambut Kusut with Keratin

Grace and Glow Daisy Hair Vitamin Mist - Hair Perfume Serum Volumizing Spray Anti Rambut Kusut with Keratin

Corolla Soft Pu Lightweight Women Shoes

Corolla Soft Pu Lightweight Women Shoes

DESSINI ITALY SPP-12-S 12 PCS Casserole Induction Die Cast Aluminium Non Stick Pot Bowl Deep Fry Pan Cookware PERIUK

DESSINI ITALY SPP-12-S 12 PCS Casserole Induction Die Cast Aluminium Non Stick Pot Bowl Deep Fry Pan Cookware PERIUK

Jifang Hot Sale Retro Vintage Tie-dye Colorful Painting Cotton Polyester Shawl Long Pashmina Shawl Head Scarf Shawls Muslim Hijabs Tudung FX01

Jifang Hot Sale Retro Vintage Tie-dye Colorful Painting Cotton Polyester Shawl Long Pashmina Shawl Head Scarf Shawls Muslim Hijabs Tudung FX01

Must-Watch Video

Advertisement