Sekilas
- Pelakon Tiz Zaqyah berkongsi pengalaman berani menghadiri sesi uji bakat Puteri Gunung Ledang The Musical yang memerlukan kemahiran menyanyi, berlakon dan menari serentak.
- Perkongsian Tiz mendapat sokongan ramai termasuk netizen dan rakan artis yang memuji keberaniannya mencabar diri dalam dunia teater walaupun berdepan rasa gemuruh.
- Tiz menerima keputusan uji bakat dengan positif dan menganggap pengalaman itu sendiri sudah satu pencapaian peribadi yang bermakna.
Pelakon Tiz Zaqyah menerima pujian ramai selepas berkongsi pengalamannya menghadiri sesi uji bakat Puteri Gunung Ledang The Musical baru-baru ini.
Menerusi perkongsian di Threads, Tiz mengakui keputusan untuk hadir ke sesi uji bakat tersebut merupakan antara perkara paling berani pernah dilakukannya tahun ini.
“CONGRATULATIONS to all deserving casts of PGL 2026. CAN’T WAIT!
“Finally the dream project is coming to life after so much anticipation… and of course, the most courageous thing i did this year was to get out and AUDITION for PGL, and i did!!” tulisnya.
Menurut Tiz, proses uji bakat itu bukan sesuatu yang mudah kerana dia perlu menyanyi, berlakon dan menari dalam satu masa selain mengakui sangat menghormati penggiat teater yang mampu menguasai pentas dengan baik.
“The most difficult audition ever! To sing act and DANCE!
“Much respect to all theater players, owning the stage,” katanya lagi.

Perkongsian tersebut kemudian menerima pelbagai sokongan daripada netizen dan rakan artis yang memuji keberaniannya mencabar diri memasuki dunia teater walaupun mengakui mempunyai rasa gemuruh untuk berada di atas pentas.
Malah ada netizen yang mengakui mereka sebenarnya berharap dapat melihat Tiz terlibat dalam pementasan tersebut kerana merasakan aktres itu mempunyai aura sesuai untuk dunia teater klasik seperti PGL.
“I did root for you! One of my preferences! Rasa memang sesuai sangat untuk PGL,” tulis seorang pengguna media sosial.
Bagaimanapun, Tiz dilihat cukup positif menerima keputusan tersebut dan menganggap pengalaman menghadiri uji bakat itu sendiri sudah menjadi satu pencapaian peribadi.
“Going for audition is an achievement itself kan! InsyaAllah,” balasnya.

Dalam masa sama, penyanyi Aisha Retno turut meninggalkan komen manis buat Tiz dengan menulis, “Hey kween we love u and ur humble heart,” yang kemudian dibalas aktres tersebut dengan penuh mesra.
