Skip to main content

Hiburan

Jaclyn Victor, Vanessa Reynauld Antara Pesaing Singer 2026 - Malaysia

Astro Gempak 467

Sekilas

  • Dua penyanyi popular, Jaclyn Victor dan Vanessa Reynauld, akan bersaing dalam program pertandingan muzik antarabangsa, Singer 2026 - Malaysia.
  • Program ini menampilkan enam penyanyi utama dan masih membuka dua slot terakhir melalui pusingan penyingkiran pertama.
  • Singer 2026 - Malaysia akan bersiaran selama enam episod bermula 30 Mei setiap Sabtu pukul 8.30 malam di Astro AEC dan platform digital.

Dua penyanyi popular tanah air, Jaclyn Victor dan Vanessa Reynauld bakal bersaing dalam program pertandingan muzik bertaraf antarabangsa, Singer 2026 - Malaysia.

Selain Jaclyn dan Vanessa, majlis pelancaran rasmi yang berlangsung di Pavilion Kuala Lumpur turut memperkenalkan Geraldine Gan, Uriah See, Nicole Lai dan Priscilla Abby sebagai enam penyanyi utama musim pertama.

Keenam-enam peserta tampil dengan kekuatan vokal dan identiti tersendiri sekali gus dijangka menghangatkan persaingan sepanjang program berlangsung.

Dibawakan khas oleh Lausanjee selaku penaja perdana dan Mah Sing sebagai penaja utama, program tersebut sudah mula mencetuskan perbualan hangat dalam media sosial meskipun belum bersiaran.

Diterbitkan menerusi kerjasama antara Astro dan Mango TV, Singer 2026 - Malaysia membuka lembaran baharu kolaborasi hiburan serantau selain menjadi platform memperkenalkan bakat tempatan ke peringkat antarabangsa.

Menariknya, program itu masih membuka dua slot terakhir menerusi episod pertama yang bakal menampilkan hampir 30 penyanyi dalam pusingan penyingkiran sengit sebelum melengkapkan barisan Top 8.

Bermula episod kedua, semua peserta akan bersaing secara langsung menerusi persembahan vokal yang menguji teknik nyanyian, ketahanan serta karisma pentas masing-masing.

Setiap persembahan pula akan dinilai panel penonton sekali gus menjadikan persaingan lebih telus dan mencabar.

Sebagai edisi pertama yang memberi fokus kepada Malaysia, program tersebut bukan sekadar pertandingan tetapi juga medan mengetengahkan bakat penyanyi tempatan kepada audiens lebih besar.

Dengan reputasi vokal mantap dan pengalaman pentas luas, Jaclyn Victor dan Vanessa Reynauld dijangka memberi cabaran besar kepada peserta lain.

Singer 2026 - Malaysia akan bersiaran selama enam episod bermula 30 Mei ini, setiap Sabtu pukul 8.30 malam di Astro AEC, Astro GO, On Demand dan sooka.

Anda mungkin berminat dengan

PUMA MEN S GRAPHIC TEE PUMA FIT PUMA Black 52419801

PUMA MEN S GRAPHIC TEE PUMA FIT PUMA Black 52419801

adidas Football Spain 26 Away Jersey Men White JN4397

adidas Football Spain 26 Away Jersey Men White JN4397

adidas Football Manchester United 25/26 Third Jersey Men Black KD4225

adidas Football Manchester United 25/26 Third Jersey Men Black KD4225

Football Japan 26 Home Jersey Men Blue KD3345

Football Japan 26 Home Jersey Men Blue KD3345

adidas Football Argentina 26 Away Jersey Men Black JM8395

adidas Football Argentina 26 Away Jersey Men Black JM8395

adidas Men Happi Tokyo Short Sleeve Tee Shirt Baju Lelaki (JM7378) Sport Planet

adidas Men Happi Tokyo Short Sleeve Tee Shirt Baju Lelaki (JM7378) Sport Planet

Must Watch Video

Advertisement