Skip to main content

Hiburan

Aqasha Sah Galas Watak Hang Tuah, Lengkaplah Sudah Generasi Baharu Puteri Gunung Ledang The Musical

Astro Gempak 468

Sekilas

  • Aqasha diumumkan secara rasmi sebagai pelakon yang membawa watak Hang Tuah dalam pementasan Puteri Gunung Ledang The Musical (PGLM).
  • Pementasan kali ini menampilkan dua pelakon untuk watak Puteri Gunung Ledang iaitu Aisha Retno dan Mila Mohsin, manakala Mimi Fly dan Nadiah Aqilah memegang watak Bayan.
  • Puteri Gunung Ledang The Musical dijangka menjadi produksi teater paling dinantikan tahun ini selepas hampir 20 tahun sejak pementasan pertama.

Teka-teki mengenai siapakah pelakon yang bakal membawa watak Hang Tuah dalam pementasan Puteri Gunung Ledang The Musical (PGLM) akhirnya terjawab apabila nama pelakon, Aqasha diumumkan secara rasmi.

Berita tersebut dikongsikan produksi teater berkenaan menerusi satu hantaran dalam Instagram.

 

 Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen menzahirkan ucapan tahniah selain mengakui tidak sabar melihat Aqasha membawakan watak ikonik tersebut yang sebelum ini pernah dilakonkan Stephen Rahman-Hughes.

 

Terdahulu, pihak produksi memaklumkan pementasan kali ini tampil dengan sedikit kelainan apabila menampilkan dua pelakon bagi watak Puteri Gunung Ledang dan Bayan.

Nama penyanyi Aisha Retno diumumkan sebagai salah seorang pelakon utama untuk watak Puteri Gunung Ledang bersama aktres Mila Mohsin.

Sementara itu, penyanyi Mimi Fly dan pelakon Nadiah Aqilah pula dipilih sebagai pemeran watak Bayan.

Turut diumumkan, Luqman Hafidz bakal memegang watak Sultan Melaka manakala Yusuf Hashim membawakan karakter Gusti Adipati.

Pementasan semula Puteri Gunung Ledang The Musical dijangka menjadi antara produksi teater paling dinantikan tahun ini selepas hampir dua dekad sejak ia dipentaskan buat kali pertama.

Anda mungkin berminat dengan

ZANZEA Women Korean Casual Stripes Drop Shoulder 3/4 Sleeve Blouse

ZANZEA Women Korean Casual Stripes Drop Shoulder 3/4 Sleeve Blouse

YAN@YAN Sut Wanita Gaya Korea

YAN@YAN Sut Wanita Gaya Korea

ZANZEA Women Solid Two-Piece Bat Sleeve Vintage Muslim Maxi Dress

ZANZEA Women Solid Two-Piece Bat Sleeve Vintage Muslim Maxi Dress

Tealive Bru & Friends - Milk Tea

Tealive Bru & Friends - Milk Tea

JOOLA PROTON SELKIRK Pickleball racket surface protective cover, Waterproof, Extremely durable synthetic rubber material

JOOLA PROTON SELKIRK Pickleball racket surface protective cover, Waterproof, Extremely durable synthetic rubber material

Advertisement