Sekilas
- Usahawan Wanie Elena kecewa kerana ada pelanggan Hijabistahub yang menyalahgunakan sistem pemulangan dengan memulangkan sampah untuk dapatkan bayaran balik.
- Situasi ini bukan sahaja merugikan perniagaan malah membebankan pasukan gudang yang terpaksa membersihkan dan menyusun semula barangan yang tidak berkaitan.
- Wanie memberi amaran akan mengambil tindakan lebih tegas termasuk mendedahkan identiti pelanggan yang terlibat pada masa akan datang.
Usahawan, Wanie Elena meluahkan rasa kecewa dan berang apabila mendakwa terdapat segelintir pelanggan yang menyalahgunakan sistem pemulangan barangan (return) milik perniagaannya, Hijabistahub.
Menurut Wanie, ada pelanggan yang membeli pakaian namun memulangkan semula barangan yang tidak berkaitan termasuk sampah semata-mata untuk mendapatkan bayaran balik.
“Saya tak halalkan siapa yang beli baju Hijabistahub tapi return sampah macam ni, happy sangat ke beraya pakai baju haram?
“Korang dah la curi baju, pulangkan sampah macam ni dan dapat balik duit korang. You abuse the return system, yang buat kerja ni Melayu Islam tapi saya tak faham kenapa tergamak nak buat kerja haram macam ni,” katanya.
Tambahnya, perkara tersebut bukan sahaja merugikan perniagaan, malah membebankan pasukan gudang yang terpaksa berdepan dengan situasi tersebut.
“Berhari-hari team warehouse saya kena clean up this mess. Sorting items that are clearly not even ours. It’s exhausting, unnecessary, and disrespectful,” ujarnya.
Dalam pada itu, Wanie turut memberi amaran bahawa tindakan lebih tegas akan diambil terhadap individu yang terlibat pada masa akan datang.
“Lepas ni siapa return sampah, saya akan reveal nama, alamat, phone number dan muka sekali. Sebelum ini saya rasa macam malas nak layan, sebab busy dengan banyak benda.
“Tapi next, saya nak buat pengajaran,” tambahnya.