Skip to main content

Hiburan

Pekin Ibrahim Nafi Sambut Christmas, Hanya Hadiri Majlis Hari Jadi Rakan - “Kami Main Musical Chair, Bukannya Bertukar Hadiah”

Pekin Ibrahim

Sekilas

  • Pekin Ibrahim menafikan dakwaan beliau dan isteri, Mona Allen, menyambut Hari Natal dan menjelaskan mereka hanya menghadiri majlis hari jadi keluarga terdekat dan rakan rapat.
  • Mereka memakai baju tidur kerana majlis diadakan di rumah dan tidak melakukan pertukaran hadiah seperti dalam tradisi Hari Natal.
  • Pekin kesal gambar isteri tanpa hijab tersebar dan menganggap penyebar video itu munafik kerana menimbulkan fitnah.

Pelakon, Pekin Ibrahim menafikan dakwaaan dirinya dan isteri, Mona Allen menyambut sambutan Hari Natal seperti mana tularnya video di media sosial, baru-baru ini.

Menurut Pekin atau nama sebenarnya Mohd Iznan Ibrahim, dia dan isteri hanya menghadiri majlis sambutan hari lahir teman rapat serta keluarga terdekat.

"Kami hanya meraikan sambutan hari jadi anak kepada dua rakan. Salah seorang yang diraikan itu bukan Melayu dan beragama Islam.

"Sebenarnya, saya dan Mona memang memiliki ramai saudara mara yang bukan beragama Islam.

"Kita juga hanya main permainan 'musical chair' dan bukannya bertukar hadiah?,” katanya.

Mengulas mengenai pakaian, Pekin menjelaskan bahawa mereka memakai baju tidur kerana majlis hari jadi tersebut diadakan di kediaman keluarga.

"Majlis itu hanya untuk keluarga terdekat dan kawan rapat saja sebab itu kami hanya pakai baju tidur saja.

"Sebab itu kami tidak 'post' atau buat 'live' majlis itu. Sebaliknya ada bibik (pembantu rumah) yang buat 'live' di majlis itu dan pada mulanya saya fikir dia buat video saja," katanya.

Dalam pada itu, pelakon filem Mat Moto: Kami Mat Moto Bukan Mat Rempit ini meluahkan rasa kesal apabila gambar isterinya tidak berhijab tersebar.

Pekin turut menganggap individu yang menyebarkan video tersebut sebagai munafik kerana telah menimbulkan fitnah terhadap isterinya.

"Kami baru sampai rumah dan keluar dari kereta untuk majlis hari jadi itu dan Mona tengah pegang anak yang sedang tidur dan mana sempat nak pakai tudung?

"Kami pun tidak tahu ada kawan Mona yang buat 'live' ketika kami sampai tapi Mona sudah cakap pada kawannya itu untuk alihkan kamera sebab dia tak pakai tudung. Sebab itu dalam video seterusnya, Mona sudah pakai tudung.

"Jadi, bagi saya orang yang sebarkan video itu hingga tular lagi munafik sebenarnya kerana ia boleh timbulkan fitnah dan jawablah dengan Allah di akhirat nanti," katanya.

Terdahulu, tular video memaparkan pasangan selebriti, Mona Allen dan Pekin Ibrahim yang didakwa meraikan sambutan Hari Krismas.

Dalam video yang dirakam dari siaran langsung akaun TikTok Reenazach itu, kelihatan pasangan selebriti terbabit didakwa meraikan Hari Natal selepas didakwa bermain ‘secret santa’ yang begitu sinonim dengan perayaan tersebut.

Sumber: Harian Metro

Must-Watch Video

Advertisement