Skip to main content

Hiburan

Nama & Gambar Disalah Guna, Intan Najuwa Pesan Netizen Berhati-Hati - “Jangan Senang Kena Scam Please”

Intan Najuwa

Sekilas

  • Datin Intan Najuwa beri amaran supaya jangan mudah percaya akaun palsu yang guna nama dan gambar dia di media sosial.
  • Akaun rasmi Intan ada tanda pengesahan biru, selain itu semua palsu dan mungkin cuba menipu.
  • Dia nasihatkan orang ramai berhati-hati terutama bila melibatkan transaksi duit secara online supaya tak mudah kena scam.

Pelakon, Datin Intan Najuwa memberikan peringatan kepada orang ramai agar tidak mudah terpedaya dengan akaun palsu yang menyamar dengan menggunakan nama serta gambarnya di media sosial.

Menerusi ciapan di Threads, Intan atau Intan Najuwa Abdul Wahid berkongsi bahawa terdapat beberapa akaun palsu yang mengambil kesempatan melakukan aktiviti penipuan sehinggakan ramai yang tertipu dan terpedaya.

Tambah pelakon drama Jodohku Babysitter ini, akaun rasmi miliknya mempunyai tanda pengesahan (blue tick) manakala selebihnya merupakan akaun palsu.

“Guys janganlah percaya any fake account yang guna gambar saya atau nama saya. Account yang betul & official mestilah ada blue tick ni. Selain itu bukan saya lah tu,” tulisnya.

Dalam masa sama, Intan turut menasihati orang ramai supaya lebih berhati-hati dalam apa-apa perkara yang melibatkan transaksi duit secara atas talian.

“Jangan senang kena scam please. Orang nak bagi duit ke, mintak duit ke, qr ke, fikir 60 kali dulu. Tengok sekali lalu dah tahu account tu fake,” kongsinya lagi.

Sejak kebelakangan ini, terdapat banyak akaun palsu yang menggunakan nama dan gambar selebriti dicipta individu tidak bertanggungjawab bertujuan untuk menipu warganet secara atas talian.

Antara wajah dan selebriti yang menjadi mangsa adalah seperti Syafiq Kyle, Mimi Lana dan ramai lagi.

Sumber: Threads

Anda mungkin berminat dengan

[BARU RESTOCK] Dr Cardin Drift Ballet Ladies Comfort Sneaker / MaryJanes L-RQA-3826 Kasut Bella Astillah *READY STOCK

[BARU RESTOCK] Dr Cardin Drift Ballet Ladies Comfort Sneaker / MaryJanes L-RQA-3826 Kasut Bella Astillah *READY STOCK

Nike Club T-Shirt - Black

Nike Club T-Shirt - Black

XJ Mini Magnetic GPS Tracker

XJ Mini Magnetic GPS Tracker

Tudung Bawal Cotton Bidang 45 NEW COLOUR Bucu Tajam Square Hijab

Tudung Bawal Cotton Bidang 45 NEW COLOUR Bucu Tajam Square Hijab

TNW S30 Selfie Stick Tripod 3 in 1 Quadrapod Wireless Selfie Stick Bluetooth Remote 360° Phone Tripod Stand with Light

TNW S30 Selfie Stick Tripod 3 in 1 Quadrapod Wireless Selfie Stick Bluetooth Remote 360° Phone Tripod Stand with Light

Must-Watch Video

Advertisement